Undang-undang jalan raya Malaysia mewajibkan semua pemilik kenderaan untuk memiliki insurans kereta. Tanpa insurans, pemilik kereta tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau road tax maka kenderaan tersebut tidak dibenarkan di atas jalan raya. Undang-undang ini dikenakan kepada semua kereta, tak kira kereta baru ataupun kereta terpakai.
Bagi rakyat Malaysia, insurans adalah antara kerumitan yang paling penting berkaitan hal-hal kereta. Walaupun tidak digemari ramai kerana harganya yang agak mahal namun semua pemilik kenderaan tahu kepentingan insurans.
Insurans kereta adalah sejenis perlindungan buat anda, penumpang dan pihak ketiga apabila berlakunya kemalangan. Dengan membayar premium bulanan yang ditetapkan, syarikat insurans bersetuju untuk melindungi anda mengikut terma polisi yang dipersetujui.
Pada hari ini, terdapat pelbagai insurans kereta yang tersedia. Kebanyakkan insurans kereta di Malaysia menyediakan perlindungan harta benda, liabiliti dan perubatan untuk pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan.
Dengan adanya pilihan yang luas, anda mampu mencari insurans kereta yang paling sesuai untuk keperluan anda.
Teruskan membaca kerana kami akan kongsikan perkara-perkara yang anda harus tentang insurans kereta!
Jenis-Jenis Insurans Kereta
Bagi mereka yang baru sahaja mahu ambil tahu tentang insurans kereta, secara umumnya, di Malaysia terdapat 3 jenis polisi atau insurans kereta. Ianya terdiri daripada Insurans Komprehensif, Insurans Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian, dan Insurans Pihak Ketiga.
Penting untuk anda fahami dengan jelas ketiga-tiga jenis insurans ini agar anda dapat membuat pilihan yang tepat dengan keperluan anda.
a) Insurans Pihak Ketiga
Merupakan polisi insurans yang paling asas. Seperti namanya, polisi ini hanya melindungi pihak ketiga sahaja. Pihak ketiga adalah individu yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Sebagai contoh, anda telah melanggar kereta hadapan anda, maka pemilik kereta yang telah dilanggar itu adalah ‘pihak ketiga’.
Apabila anda mendapatkan polisi ini, syarikat insurans hanya akan melindungi kerosakan atau kerugian terhadap harta benda pihak ketiga akibat daripada kemalangan tersebut. Manakala, kos membaiki kerosakan kenderaan atau harta benda anda perlu ditanggung sendiri.
Selain itu, polisi ini turut melindungi anda daripada tuntutan kecederaan atau kematian pihak ketiga juga.
b) Insuran Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian
Jika dibandingkan dengan ketiga-tiga polisi yang ada, dari segi perlindungan dan harga, polisi ini berada pada tangga kedua.
Polisi insurans ini melindungi pemandu daripada tuntutan pihak ketiga, termasuklah kerugian, kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian oleh kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Tambahan pula, ia juga memberikan perlindungan kepada pemilik kenderaan sekiranya berlakunya kebakaran atau kecurian yang melibatkan kenderaan tersebut.
c) Insurans Komprehensif
Polisi ini menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada pemilik kereta. Disebabkan itu, ia juga sering menjadi pilihan banyak pemilik kereta kerana perlindungannya yang dianggap lebih lengkap.
Insurans komprehensif akan melindungi pemilik kenderaan daripada tuntuntan pihak ketiga atas kerosakan, kerugian harta benda, kecederaan fizikal atau kematian yang disebabkan oleh kenderaan anda.
Selain itu, ia turut melindungi pemilik kenderaan dari pelbagai aspek juga. Antaranya termasuklah, kerugian, kerosakan harta benda, kecederaan atau kematian akibat daripada kemalangan tersebut. Tambahan lagi, kenderaan anda juga akan dilindungi daripada kecurian dan kebakaran juga.
Berikut merupakan jenis-jenis perlindungan yang anda dapat menikmati dengan mendapatkan insurans kereta. Sebelum anda membuat keputusan, jangan lupa untuk bandingkan dan pertimbangkan kesemua aspek dan kemungkinan.
Mengapa Anda Perlukan Insurans Kereta
Sekiranya anda baru sahaja beli kereta dan berkira-kira hendak mendapatkan insurans kereta, tak perlu pertimbangkan lagi. jawapannya adalah HARUS!
Antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
a) Menyalahi undang-undang
Memandu tanpa perlindungan insurans merupakan kesalahan undang-undang dan boleh didakwa di bawah seksyen 90(2). Mengikut Akta Pengangkutan jalan 1987, pemandu yang memandu tanpa perlindungan insurans boleh didenda dengan RM1,000 dan digantung lessen memandu selama 12 bulan.
b) Keperluan untuk pinjaman kereta
Sekiranya anda memutuskan untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta anda, usah fikir lagi kerana pihak bank pasti akan meminta anda untuk mendapatkan insurans buat kereta tersebut.
Setiap bank di Malaysia menjadikan Insurans atau Takaful sebagai satu kewajipan apabila hendak memohon pinjaman kereta.
Ini adalah kerana dibawah pinjaman kereta atau hire purchase loan, kereta tersebut merupakan hak milik bank sehingga anda selesai membayar pinjaman anda. Bank sebagai pemilik kereta tersebut akan
mengambil langkah perlindungan buat kereta tersebut apabila dikendalikan oleh peminjam.
c) Elak bil perubatan yang tinggi
Insurans juga sangat penting kerana ianya dapat melindungi anda daripada dibebani dengan bil-bil perubatan yang tinggi; bukan sahaja buat diri sendiri malah untuk pihak ketiga juga.
Lantaran itu, ramai memilih untuk mendapatkan insurans komprehensif kerana hal ini.
Sekiranya berlakunya kemalangan, bil perubatan akan ditanggung oleh syarikat insurans pihak yang didapati bersalah atas kemalangan tersebut.
Contohnya, kemalangan tersebut disebabkan oleh pihak ketiga, maka syarikat dan polisi insurannya akan menanggung kos pembiayaan hospital anda. Tetapi sekiranya pihak ketiga tidak mempunyai insurans maka kes akan menjadi lebih rumit kerana anda perlu selesaikan secara terus dengan pihak ketiga dan berkemungkinan perlu membiayai kos perubatan sendiri.
Dengan insurans komprehensif, anda usah risau kerana polisi tersebut turut melindungi pemilik kenderaan daripada kecederaan atau kematian akibat kemalangan.
Lindungi Diri Sendiri dengan Insurans Kereta
Kesimpulannya, insurans kereta apalah perkara yang penting berkaitan hal-hal kereta. Ia bukan sahaja melindungi anda malah juga memberikan ketenangan minda untuk menjalani aktiviti harian, terutamanya apabila anda dilindungi dari segi harta benda, liabiliti dan perubatan.
- Harta benda: Menanggung kos membaiki kerosakan atau kecurian kereta
- Liabiliti: Menyelesaikan tanggungjawab undang-undang pada pihak ketiga atas kecederaan fizikal, kematian atau kerosakan harta benda
- Perubatan: Membiayai bil perubatan, pemulihan, perbelanjaan pengebumian (bergantung pada terma dan syarat polisi anda)
Sebagai pemilik kereta kita sering kali membandingkan ciri-ciri keselamatan yang datang dengan kenderaan namun, itu sahaja tidak cukup. Pemilik kereta harus mendapatkan perlindungan insurans buat diri sendiri dan keluarga tersayang.
Insurans kereta merupakan sesuatu yang perlu diperbaharui apabila tamat tempoh. Berita baiknya, ia dapat dilakukan dengan mudah sekali secara atas talian dengan GoInsuran!
Sistem GoInsurans memberikan anda sebut harga terus daripada syarikat insurans terkemuka yang berada di Malaysia seperti Zurich, Takaful, RGH, Allianz dan pelbagai lagi.
GoInsuran menawarkan anda process pembaharuan insurans yang sangat mudah, selesai hanya dalam 3 minit!
- Isikan maklumat anda
- Bandingkan pelan yang ditawarkan
- Pilih dan bayar!
Hanya dengan 3 langkah ini, anda telah selesai memperbaharui insurans kereta anda. Senang bukan? Malah, mereka juga memberikan penghantaran road tax secara percuma!
Selain itu, GoInsuran turut menawarkan pengguna mereka pelbagai perkhidmatan seperti tunda kereta, bantuan tepi jalan 24 jam , warranti alat ganti tulen dan pelbagai lagi.
Klik SINI untuk perbaharui insurans kereta anda dengan GoInsuran.
Gunakan Promo code ini untuk dapatkan 4% discount : GOMOTOR