Kereta Terpakai! 5 Model Yang Mempunyai Nilai Second Hand Tertinggi

Happy customer buying new car at dealership.

Tahukah anda, kereta bukanlah satu aspek dalam menilai kekayaan seseorang. Kerana kereta adalah liabiliti yang mempunyai susut nilai. Oleh itu, kereta terpakai sering menjadi pilihan bagi mereka yang ingin membeli kereta pada harga yang lebih murah.

Apabila anda tinggal di Malaysia, tidak kira di ibukota, Kuala Lumpur mahupun kawasan luar bandar, pasti akan datang persoalan, “bila hendak beli kereta?”

Tidak dapat dinafikan memiliki kereta akan memudahkan urusan anda, terutamanya apabila sudah memiliki keluarga.

Kualu Lumpur memang padat dengan kemudahan pengangkutan awam. Namun, jadual yang tidak konsisten dan waktu puncak menyebabkan rakyat Malaysia elak pengangkutan awam kecuali bila perlu.

Tambahan lagi, dengan kekurang pengangkutan awam di kawasan luar bandar, memiliki kereta menjadi lebih kepada keperluan daripada kemahuan.

Kini apabila memdapat soalan “bila hendak beli kereta?”, soalan akan bermain di minda seterusnya adalah, “hendak beli kereta baru atau kereta second hand”.

Sama ada anda golongan pertama ataupun kedua, teruskan membaca untuk ketahui 5 model kereta terpakai di Malaysia yang mempunyai nilai tertinggi.

Perkara Penting Sebelum Membeli Kereta Terpakai / Baru

Tidak kira anda membeli kereta terpakai mahupun kereta baru. Terdapat beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan dengan teliti sebelum menandatangani borang pembelian.

Antara faktornya adalah:-

a) Tujuan

Tetapkan tujuan utama anda memiliki kereta tersebut. Pilih kereta yang sesuai dengan kehidupan dan urusan harian anda.

b) Penggunaan Minyak

Rata-rata kereta dipasaran hari ini didatangi dengan enjin mempunyai fungsi ‘eco’ atau lebih dikenali sebagai fungsi ‘jimat minyak’.

Ini merupakan ciri penting buat kereta anda sekiranya anda bertujuan menggunakan kereta tersebut untuk kegunaan harian ke tempat kerja.

c) Keselamatan

Malang tidak berbau. Ciri-ciri keselamatan harus menjadi faktor utama apabila anda membeli kereta; baru atau second hand.

Antara fungsi keselamatan minima yang wajib adalah beg udara automatik, sistem mencegah brek terkunci (ABS) dan zon remuk.

d) Kewangan

Sebelum anda mendapatkan kereta yang diingini pastikan ianya berada di dalam kemampuan anda. Aspek ini bulan hanya pada komitmen bulanan sahaja.

Malah, anda juga harus mengambil kira cukai jalanan, servis, penyelenggaraan, dan juga alat ganti.

Jikalau anda membeli kereta second hand yang murah kerana merupakan keluaran lama, jangan terlalu gembira.

Pastikan alat ganti kereta tersebut mudah dicari, jika tidak kemungkinan besar kereta anda akan ‘tersadai’ dibengkal menunggu spare part yang sukar dicari dan pastinya lebih mahal dari biasa.

e) Susut Nilai Kereta Terpakai:

Aspek ini penting buat golongan yang ingin membeli kereta terpakai dan golongan yang ingin membeli kereta baru.

i) Kereta Baru

Penting untuk mengagak nilai sesebuah kereta pada masa hadapan. Lebih-lebih lagi bagi anak muda yang mempunyai perancangan untuk berkeluarga.

Anda mungkin akan menjual kereta tersebut dan mendapatkan kereta yang lebih besar untuk keselesaan pasangan dan keluarga anda.

Oleh itu, sangat penting memastikan kereta yang bakal dibeli itu mempunyai nilai market yang stabil sebagai kereta second hand.

ii) Kereta Terpakai

Penting untuk mengambil tahu tentang susut nilai supaya anda tidak terpedaya atau tertipu apabila membeli kereta.

Ketahui harga pasaran second hand buat model tersebut. Selain itu, jangan lupa untuk periksa tahun pengeluaran, mileage, enjin dan pandu uji kereta tersebut.

Buat kajian terlebih dahulu dan jadilah pembeli kereta yang bijak!

Pastikan anda pertimbang aspek-aspek ini sebelum membeli surat jual beli kereta. Jika tidak, kemungkinan besar anda akan menyesal pada kemudian hari.

Kereta Terpakai: Model Yang Mempunyai Susut Nilai Rendah

1. Kereta Perodua Myvi

Kereta rakyat Malaysia, King di jalanraya, tak lain tak bukan, Perodua Myvi.

Walaupun sering dikaitkan dengan hal-hal yang melucukan dan tidak masuk akal, Myvi merupakan salah satu kereta yang mempunyai nilai susut yang terendah.

Anggaran nilai Myvi lepas 5 tahun ada 65% harga asal.

Sebagai contoh sekiranya anda membeli Myvi pada harga RM49,000. 5 tahun kemudian, jika dijaga dengan baik, anda boleh menjual Myvi anda dengan harga RM31,850.

Body luaran yang cantik, dalaman yang luas dan enjin yang kuat. Tak pelik mengapa rakyat Malaysia tetap membeli Myvi walaupun dengan persepsi yang lucu-lucu tentang pemandu Myvi.

Di Motor Trader anda boleh mendapatkan Myvi terpakai dengan range harga RM16,000 – RM48,800 bagi kereta keluaran tahun 2009 – 2020.

Kereta Terpakai  Myvi

2. Toyota Vios

Toyota Vios yang turut menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana ketahanannya. Pilih sahaja mana-mana model Vios, anda tidak perlu risau tentang masalah kerosakan.

Toyota Vios amat terkenal dengan cirinya yang tahan lasak, tak banyak masalah dan jimat minyak.

Read: Toyota, producing UNBREAKABLE cars!

Mempunyai badan Sedan, ianya sesuai untuk semua golongan umur.

Anggaran nilai Toyota Vios lepas 5 tahun ada  62% – 65% harga asal.

Contohnya, apabila anda membeli Toyota Vios baru dengan harga RM85,000 selepas 5 tahun kemungkinan kereta tersebut akan bernilai RM55,250.

Anda boleh mendapatkan Toyota Vios terpakai di Motor Trader dalam lingkungan harga RM57,000 – RM65,000 bagi kereta keluaran tahun 2017.

Kereta Terpakai Toyota Vios

3. Nissan Grand Livina

Nissan Grand Livina pernah menjadi MPV bukan nasional terlaris di Malaysia pada tahun 2010.

Memiliki badan yang lebih kecil dari MVP bersaiz penuh, Nissan Grand Livina menjadi pilihan tepat buat mereka yang mempunyai keluarga kecil.

Anggaran nilai Nissan Grand Livina lepas 5 tahun ada  60% harga asal.

Bagi keluaran 2017 dan keatas, nilai pasaran second hand untuk model ini bermula dari RM54,000.

Anda berminat? Berikut adalah tawaran yang anda boleh dapatkan di Motor Trader!

Kereta Terpakai Nissan Gran Livina

4. Honda City

Dengan rekabentuk yang tidak ketinggalan zaman, Honda City adalah model yang berada di senarai teratas apabila mencari kereta Sedan.

Praktikal, dengan ruang kabin dan kargo yang luas. Tidak hairan mengapa model ini digemari ramai.

Tambahan lagi, penyaman udara untuk penumpang belakang, perjalanan seisi keluarga semestinya lebih selesa dan nyaman.

Anggaran nilai Honda City lepas 5 tahun adalah 55% – 58% harga asal.

Bagi keluaran 2017 dan keatas, nilai pasaran second hand untuk model ini bermula dari RM47,000.

Tawaran di Motor Trader? Mestilah ada!

5. Proton Persona

Persona ialah antara model yang banyak membantu Proton. Generasi pertama dihasilkan dari platform Gen2, tetapi diubahsuai dengan banyak agar ia lebih berkualiti dan lebih selesa.

Gen2 merupakan kereta kereta untuk opemanduan yang lebih sporty. Manakala, Persona lebih fokus kepada sedan keluarga.

Anggaran nilai Proton Persona lepas 5 tahun adalah 45%-47% harga asal.

Bagi keluaran 2017 dan keatas, nilai pasaran second hand untuk model ini bermula dari RM22,000.

Jom tengok beberapa tawaran yang beradi di Motor Trader!

Mahu dapatkan tawaran ini? Layari www.motortrader.com.my/cars SEKARANG!

Bukan kereta terpakai sahaja yang ada. Kereta baru pun ada juga! Semua informasi ada dihujung jari anda. Senang bukan?