Tips Jimat Petrol Yang Anda Perlu Tahu!

Secara purata, belanja untuk minyak petrol merangkumi hampir 60% daripada keseluruhan bajet bulanan setiap individu, terutamanya jika anda sering travel ke sana sini. Jadi, bila harga petrol semakin meningkat, sudah tentu bajet anda juga akan bertambah.

Dengan peningkatan harga pelbagai barang di pasaran termasuklah harga petrol, kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati dalam merancang perbelanjaan bulanan termasuklah menjimatkan penggunaan petrol yang merangkumi bajet terbesar dalam bajet bulanan anda.  

Jom tengok 10 tips jimat petrol mudah di bawah untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan anda!

Tips Jimat Petrol

Pastikan tire dalam keadaan yang baik untuk jimat petrol kereta anda

Tip 1: Sentiasa pam tayar anda

Salah satu perkara paling penting bagi setiap pengguna kereta ialah memastikan tekanan tayar sentiasa berada dalam keadaan optimum. Tayar dengan tekanan angin yang rendah berpotensi besar untuk untuk mempunyai rintangan gulingan yang tinggi.

Ini bermakna bagi setiap kilometer, tayar anda akan menjana lebih banyak geseran dan rintangan gulingan sekali gus meningkatkan penggunaan bahan api.  Dengan setiap 10psi pengurangan tekanan angin pada tayar anda, kecekapan bahan api akan berkurang sebanyak 10%.

Tip 2: Kurangkan berat pada bonet kereta anda

Suka menyimpan banyak barang dalam bonet kereta? Tahukah anda, dengan setiap tambahan 50kg dalam kereta anda, kadar penggunaan bahan api akan meningkat sebanyak 2%.

Jadi, anda perlu mengelak daripada menyimpan barangan yang tidak diperlukan dalam bonet kereta anda. Ini masanya untuk buat pembersihan bagi bonet kereta anda!

Buka penghawa dingin untuk jimat petrol kereta anda

Tip 3: Buka pendingin hawa ketika memandu

Kita selalu mendengar anggapan yang kita akan dapat menjimatkan minyak dengan mematikan alat pendingin hawa dan membuka tingkap ketika memandu. Tapi, benarkah anggapan tersebut?

Ternyata anggapan tersebut salah! Sebaliknya, anda akan mampu menjimatkan lebih banyak penggunaan petrol dengan menghidupkan pendingin hawa dan menutup tingkap ketika memandu.

Hal ini kerana setiap kereta mempunyai bacaan CD (Coefficient of Drag) yang merujuk kepada aerodinamik sesebuah kereta. Membuka tingkap ketika kereta sedang bergerak akan menyebabkan geseran angin tidak sekata dan mengakibatkan kereta terpaksa mengharungi beban merentas angin yang lebih berat daripada yang sepatutnya, sekali gus menggunakan lebih banyak petrol.

Tip 4: Jangan memandu terlalu laju atau terlalu perlahan

Ketika memandu di jalan raya, enjin anda menggunakan lebih banyak minyak untuk mengatasi rintangan angin. Oleh itu, anda akan membakar sekurang-kurangnya 15% lebih banyak bahan api pada kelajuan 100km/j dan 25% lebih banyak bahan api pada kelajuan 110km/j.

Walau bagaimanapun, jika anda memandu pada kelajuan lebih rendah daripada 50km/j, enjin anda akan jatuh kepada gear yang lebih rendah, lalu menggunakan lebih banyak bahan api.

Kesimpulannya, anda perlu mengekalkan kelajuan yang konsisten dan statik, iaitu antara 70 hingga 90km/j untuk menjimatkan minyak.

Tip 5: Elakkan daripada menekan brek terlalu agresif

Salah satu cara menjimatkan minyak yang paling efektif untuk kereta transmisi automatik adalah dengan mengelak daripada menekan brek dengan terlalu agresif. Cara pemanduan sebegini bukan sahaja akan merosakkan brek kereta anda, tetapi juga akan menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi.

Tip 6: Rancang perjalanan anda ketika waktu puncak

Kesesakan ketika waktu puncak akan menyebabkan kita sering menekan brek dan ini akan meletakkan lebih banyak tekanan terhadap enjin anda. Oleh itu, rancang perjalanan pergi dan balik dari kerja untuk mengelakkan kesesakan trafik yang padat.

Tip 7: Isi minyak perlahan-lahan

Cara anda menarik picu pam minyak ketika mengisi minyak juga mampu mempengaruhi penggunaan minyak. Pastikan anda tidak menarik picu pam minyak ke tahap maksimum kerana ia akan mengurangkan wap yang keluar bersama dengan petrol.

Penyelesaiannya, kawal picu secara separuh penuh untuk membolehkan cecair petrol masuk sepenuhnya ke dalam tangki minyak anda.

Tip 8: Jangan biarkan kereta dalam keadaan “idling” terlalu lama

Kebiasaan kita bila menunggu di dalam kereta ialah kita akan menghidupkan enjin kereta sambil membiarkan pendingin hawa terbuka.

Mulai sekarang, anda perlu ubah kebiasaan jika anda ingin menjimatkan penggunaan minyak kereta anda kerana penggunaan minyak akan bertambah sebanyak 10% dengan kebiasaan ini. Tutup enjin jika anda perlu menunggu dalam kereta lebih dari 3 minit.

Tips Jimat Petrol adalah pakai tire yang sesuai

Tip 9: Guna tayar mengikut saiz yang ditetapkan

Pemilihan jenis tayar yang digunakan juga merupakan perkara yang perlu dititik beratkan jika anda ingin menjimatkan penggunaan petrol.

Anda perlu memastikan anda menggunakan saiz tayar yang sesuai dengan kenderaan anda dan tidak mengubah suai tayar kepada saiz yang tidak sesuai dengan kenderaan untuk ‘trend’ atau untuk nampak ‘style’. Hal ini kerana semakin lebar permukaan sesebuah tayar, semakin tinggi rintangan dan geseran pada jalan raya yang boleh meningkatkan penggunaan bahan api.

Tip 10: Panaskan enjin dengan betul

Kadangkala bila sudah lewat untuk ke tempat kerja, sudah tentu kita akan terus menekan pedal sejurus selepas enjin kereta dihidupkan, bukan? Anda perlu tahu bahawa amalan ini akan meningkatkan penggunaan petrol anda.

Oleh itu, anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 saat selepas menghidupkan enjin kereta untuk memastikan enjin dipanaskan dengan betul.

Selain mengikuti tips jimat petrol di atas, anda juga perlu memastikan bahawa anda mengikuti jadual servis kereta untuk mengekalkan kecekapan enjin kereta anda.

Sekiranya kereta anda tidak diselenggara dengan baik, pengumpulan minyak kotor dan karat pada bahagian enjin akan menyebabkan enjin tidak dapat berfungsi dengan baik.

Dapatkan Kereta Yang Jimat Petrol

Selain daripada tip yang kami kongsikan di atas, anda juga boleh membuat penjimatan yang besar dengan mendapatkan kereta yang jimat petrol.

Antara kereta-kereta yang terkenal dengan penggunaan petrol secara efficient adalah;

  • Perodua Axia 1.0
  • Mazda 2 Skyactiv
  • Perodua Bezza 1.3
  • Honda City 1.5 RS
  • Perodua Myvi AV 1.5
Baca juga: Most Fuel Efficient Cars in Malaysia

Mahu dapatkan kereta-kereta ini? Layari www.motortrader.com.my untuk mendapatkannya sebagai kereta terpakai. Malah, harga pun mampu milik!

Adakah anda hendak perbaharui insurans kereta anda? Tak perlu cari lagi! Bandingkan, perbaharui dan beli hanya di satu tempat sahaja.

Gunakan promo code “GOMOTOR” untutk menikmati penjimatan besar. Layari GoInsurans.com sekarang!

Share