Nak Beli Secondhand Bezza atau Saga?

Apabila sebut saja kereta sedan terbaik keluaran tempatan yang menjadi bahan debat rakyat Malaysia adalah Proton Saga dan Perodua Bezza. Topik ini juga tidak terkecuali apabila hendak membeli kereta secondhand Bezza atau Saga?

Keselesaan, keselamatan dan ketahanan kereta ini sesuai untuk dijadikan sebagai kegunaan harian.

Model Proton Saga yang sangat popular sebagai kereta rakyat dengan harga kereta Sedan yang paling ‘mampu-milik’ di Malaysia.

Malah, ianya juga telah mendapat pengiktirafan dan anugerah seperti Compact Sedan of the Year 2016, Value for Money Car oleh MAI Malaysia Car of the Year 2016 dan pelbagai lagi.

Walau bagaimanapun, model Bezza daripada Perodua juga tidak kurangnya!

Model ini turut memenangi pelbagai anugerah seperti Malaysia Car of the Year 2017 bagi kategori Sedan & Hatchback. Selain itu, anugerah Aurizn sebagai 3 Kereta Terbaik di Malaysia.

Tidak hairan mengapa dua model ini sering menjadi saingan dalam memenangi hati rakyat Malaysia.

Berdasarkan spesifikasi dan harga yang ditawarkan, Perodua Bezza 2020 dan Proton Saga 2019 merupakan pilihan ramai individu yang baru mula bekerja dan mecari kereta Sedan.

Bagi pembaca kami yang sedang mempertimbangkan dua kereta ini sebagai kereta secondhand, kami juga ingin kongsikan pendapat kami!

Teruskan membaca untuk ketahui dalam membeli kereta secondhand, mana satu lebih berbaloi Bezza atau Saga?

Bagaimana mahu memilih antara Secondhand Bezza atau Saga?

1.Harga

Harga secondhand bezza atau saga lebih murah

Jikalau nama pun pembeli, harga pasti akan menjadi salah satu perkara yang akan dipertimbangkan dalam membuat keputusan.

Jika dibandingkan Perodua Bezza 1.3AV dengan harganya RM48,356 sememangnya lebih mahal daripa Proton Saga 1.3 Premium yang hanya bernilai RM 39,800.

Namun, bagaimana pula bagi kedua-dua kereta ini dalam kategori kereta terpakai?

Bagi kereta terpakai Saga keluaran tahun 2017, ianya boleh didapati daripada RM29,000 hingga RM31,000.

Manakala bagi Perodua Bezza 1.3AV secondhand pula, anda boleh mendapatkannya dipasaran daripada harga RM41,000 hingga RM43,000.

Ternyata jika membandingkan harga diantara kereta secondhand Saga dan Bezza, ianya masih sama seperti kereta baru. Model Perodua Bezza 1.3AV masih lebih mahal daripada Proton Saga 1.3 Premium.

Walaupun begitu, perbandingkan kereta terpakai tidak hanya bergantung pada harga semata-mata. Tiada guna membeli kereta lebih mahal sekiranya kualiti kereta atau performance kereta telah jatuh dengan mendadak.

Oleh itu, kami sentiasa mengingatkan pengguna kami untuk sentiasa berwaspada dan membuat selidik yang secukupnya sebelum membeli.

Baca juga: Kereta Terpakai! 5 Model Yang Mempunyai Nilai Second Hand Tertinggi

2. Spesifikasi

Mengetahui perbezaan spesifikasi bagi kedua-dua kereta ini juga penting dalam membuat pilihan.

Spesifikasi akan membantu anda untuk lebih memahami prestasi pemanduan kereta tersebut. Lantas, menjimatkan masa dapat mendapatkan kereta yang sesuai untuk gaya hidup anda.

Ini termasuklah output kuasa, penjimatan bahan api dan jenis transmisi.

Berikut merupakan berbandingan spesifikasi diantara Perodua Bezza 1.3AV dan Proton Saga 1.3 Premium.

ModelSaga Bezza
Jenis Enjin 1.3 Liter, 16 Valve DOHC, VVT 1.3 liter, 1NR-VE
Injap DOHC dengan DUAL VVT DOHC dengan DUAL VVT-i
Anjakan (cc) 1332 1329
Tangki minyak 40 36
Output maksimum 95 PS / 70kw / 5,750rpm 95 PS / 70kw / 6,000rpm
Tork Maksimum 120nm / 4,000rpm 121nm / 4,000rpm

Jika dilihat daripada rajah di atas tidak terdapat banyak beza dalam aspek spesifikasi buat kedua-dua kereta ini selain jenis enjin.

Model Bezza secaranya umumnya mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi berbanding model Saga. Tambahan lagi, Perodua Bezza juga sangat terkenal di kalangan pengguna sebagai kereta yang menjimatkan minyak.

Perodua Bezza 2020 merupakan kenderaan jimat tenaga (EVV) tempatan pertama yang menampilkan fungsi auto start-stop.

Dengan penambah baikkan sistem Eco Idle, Bezza memberikan pemanduan hingga 4.5liter/100km. Manakala, Proton Saga 1.3 Premium pula menawarkan 6.7-liter/100 km. Besar juga perbezaannya!

Sekiranya pembakaran minyak merupakan satu aspek penting bagi anda, maka Bezza adalah pilihan yang lebih baik.

design lebih cantik bezza atau saga

3. Keselamatan

Tak kira kereta baru mahupun secondhand, keselamatan memainkan besar factor dalam pembelian kereta.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) melaporkan lebih 1.2 juta kematian setiap tahun di seluruh dunia dan 20 – 50 juta individu mengalami kecederaan disebabkan kemalangan jalan raya!

Malang tidak berbau. Oleh itu, sebagai pemilik kereta dan pemandu di jalan raya ianya fungsi keselamatan kereta amat penting untuk melindungi diri dan orang yang tersayang.

Berita baiknya, kedua-dua model Perodua Bezza 1.3AV dan Proton Saga 1.3 Premium mempunyai ciri keselamatan yang di anggap bare minimum bagi semua kereta pada hari ini. Antaranya termasuklah:

  • Dual front airbags
  • ABS (Anti-lock Braking System)
  • EBD (Electronic Brakeforce Distribution)
  • Brake Assist
  • Theft Alarm
  • Immobilizer
  • ISOFIX child anchors for outer rear passenger seats

Walau bagaimanapun jika dibandingkan kedua-dua kereta ini, model Perodua Bezza mempunyai ciri keselamatan yang lebih canggih berbanding Proton Saga.

Contohnya, ciri keselamatan Advance Safety Assist 2.0! Ciri ini bertujuan untuk menghapuskan risiko berlakunya sebarang pelangaran buat pemandu.

Fungsi Amaran Pra-Pelanggaran akan mengeluarkan amaran bunyi kepada pemandu apabila ia mengesan halangan di bahagian hadapan kereta. Tambahan lagi, ia juga akan mengaktifkan Brek Pra-Pelanggaran secara automatik apabila pemandu menghampiri risiko pelanggaran.

Advance Safety Assist 2.0 mempunyai keupayaan spatial yang sangat mengagumkan. Selain daripada pelanggaran, ia turut mengambil perhatian terhadap kereta yang berada dalam lingukangan 10m pemandu.

Sama ada terlalu dekat atau terlalu jauh secara tiba-tiba, sistem ini akan mengeluarkan bunyi amaran kepapda pemandu. Ini secara tidak langsung membuat pemandu lebih fokus dan peka pada pemanduan.

Perodua Bezza menawarkan pembeli ciri keselamatan yang tip-top pada harga mampu milik! Lantas, kami tidak terkejut kereta ini menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

4. Reka Bentuk (Design)

Reka bentuk dalaman dan luaran kereta turut menyumbang dalam membuat keputusan pembelian kereta. Berapa kali anda dengar gurauan ‘kereta peti ais’ atau ‘kereta kotak’ daripada teman-teman atau ahli keluarga anda?

Tambahan lagi, kereta merupakan komitmen yang besar! Pemilik akan mengeluarkan atau memimjam amaun yang besar untuk kereta tersebut makanya sangat normal untuk memilih sesuatu yang cantik pada pandangan mata sendiri.

Secara umumnya, kedua-dua kereta ini berada di dalam kategori yang sama iaitu kategori Sedan. Tetapi jika dilihat pada luaran badan kedua-dua model ini perbezaannya ketara.

Selepas menerima penambah baikan atau ‘Facelift’ pada tahun sebelumnya, Perodua Bezza 1.3AV mempunyai luaran yang lebih tegap dan tinggi berbanding Saga.

Selain itu, model ini juga tampil dengan lampu LED hadapan yang baru, bumper dan gril baru (depan dan belakang), rim aluminium dwi tona bersaiz 15 inci baru. Manakala Proton Saga pula memnpunyai bumper dan gril (depan dan belakang) yang baru dan LED Daytime Running Lights.

Dari segi dalaman pula, Perodua Bezza menawarkan penumpang ciri dan suasana yang lebih moden. Model ini didatangi dengan kunci keyless dan dilengkapi dengan kerusi kulit yang selesa.

Walau bagaimanapun, Proton Saga memberikan lebih keselesaan kepada penumpang dengan tempat duduk bersaiz penuh bagi penumpang hadapan dan bunyi enjin yang lebih senyap.

Kebanyakkan pembeli ingin mendapatkan Sedan kerana fungsinya sebagai kereta keluarga. Lantas, menjadikan keluasan but belakang sebagai satu aspek yang besar dalam proses pemilihan.

Bezza menawarkan keluasan sebanyak 508 liter, jauh lebih baik berbanding Saga dengan 420 liter.

Secondhand Bezza Atau Saga, Mana Pilihan Anda?

Berikut merupakan sedikit perbandingan mengenai Perodua Bezza 1.3AV dan Proton Saga 1.3 Premium yang sering menjadi dilemma untuk pembeli-pembeli kereta baru mahupun terpakai.

Jika anda sedang mempertimbangkan dua kereta ini sebagai kereta terpakai, jangan lupa untuk bandingkan 4 aspek ini!

Dan yang paling penting, selidik, bandingkan dan uji pandu sebelum membuat keputusan.

Setiap individu mempunyai kemahuan yang berbeza dalam kereta idaman mereka. Kami faham! Maka, itulah sebabnya Motor Traders menawarkan pembeli kami pilihan yang kereta yang luas.

Motor Trader memberikan pilihan hingga ke seluruh Malaysia untuk membantu anda mendapatkan kereta idaman anda.

Mencari kereta baru ataupun terpakai, semuanya sedia ada! Layari www.motortrader.com untuk mula mencari! Informasi semua lengkap pada hujung jari anda.

Baca juga: How to choose a used car
Baca juga: Pinjaman Bank Kereta Terpakai, Senang atau Susah?
Share