Kemelesetan Ekonomi! Beli Kereta Baru atau Kereta Terpakai?

Kereta dijadikan pilihan ramai pengguna jalan raya untuk menuju dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Tidak kira kereta baru atau kereta terpakai, kerana ianya merupakan lebih selesa, dan sangat fleksibal digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Jika dibandingkan dengan kemudahan pengangkutan awam yang walaupun lebih murah tetapi memerlukan lebih pengorbanan tenaga, lebih-lebih lagi pada waktu puncak.

Bagi mereka yang baru bercadang untuk membeli kereta khususnya kepada yang baru pertama kali membeli, persoalan yang sering menjadi tanda tanya adalah sama ada beli kereta baru atau kereta terpakai.

Tambahan lagi dengan kelemesetan ekonomi yang bakal melanda Malaysia, adakah ianya wajar untuk membeli kereta.

Artikel pada kali ini kami akan jelaskan kepada anda apakah pilihan yang terbaik dan paling menjimatkan dalam beli kereta baru atau kereta terpakai bagi kegunaan harian.

urus bajet untuk ketahui sama ada kereta baru atau kereta terpakai lebih baik untuk anda

Urus Kewangan dengan Bijak, Beli Kereta Baru atau Terpakai?

Isyarat kenaikan Kadar Dasar Semalam (OPR) di Malaysia sebenarnya menjadi petanda aras untuk masyarakat Malaysia lebih berhemah dalam mengurus kewangan dan ekonomi diri masing-masing.

Kadar OPR terkini sebanyak 2.75% ini mengambarkan akan keadaan ekonomi negara kita yang kian tidak menentu dan boleh menjerat sesetengah peminjam loan khususnya anak muda (graduan) yang baru bertatih membina kerjaya.

Bahkan terdapat juga data yang diperolehi bahawa ramai generasi muda jatuh muflis disebabkan oleh hutang kereta.

Buat pinjaman kereta misalnya, merupakan antara faktor kebocoran kewangan yang paling besar dikalangan generasi muda.

Apabila mereka membeli sebuah kereta, mereka akan hilang kemampuan menyimpan sekurang-kurangnya RM1,000 sebulan disebabkan kos sebenar memiliki kereta baru agak tinggi.

Ramai orang buat silap bila mana hendak beli kereta, mereka hanya kira ansuran pinjaman bank bulanan sahaja. Sedangkan mereka lupa untuk membuat kira-kira kos lain yang sebenarnya agak besar antaranya seperti kos petrol, tol, parking, road tax dan insuran, kos maintenance dan tidak dilupakan juga kos saman!

Justeru itu, inilah yang dimaksudkan oleh saranan Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hami:

“Utamakan perbelanjaan berhemah iaitu hanya buat pembelian terhadap barang yang perlu, tidak membeli barang berjenama atau mewah, dan tidak membuat pinjaman atau menambah pembiayaan baharu.”

Tetapi tidak dapat dinafikan walaupun terdapat pengangkutan awak yang telah disediakan, memiliki kereta juga keperluan, teruatamanya apabila anda sudah bekeluarga.

Ianya lebih menjimatkan masa, tenaga dan juga wang ringgit berbanding menaiki pengangkutan awam yang mengira kos mengikut kepala.

Selain itu, ia juga memudahkan urusan balik kampung dimana anda perlu membawa sekali bag-bag baju dan keperluan semasa di sana kelak. Malah, keselesaan anak kecil juga akan lebih terjamin.

Beza kereta baru vs kereta terpakai

Terdapat banyak faktor yang boleh kita bandingkan dalam membezakan antara beli kereta baru atau kereta terpakai hari ini.

Berikut ini, kami ringkaskan perbezaannya dalam bentuk rajah yang lebih mudah.

Jenis perbezaan Kereta Baru Kereta Terpakai
Harga & susut nilai Harga jualan lebih mahal tetapi nilai kereta menyusut jatuh lebih tinggi selepas dibeli. Harga jualan lebih murah tetapi nilai kereta menyusut jatuh dalam kadar rendah / perlahann selepas dibeli.
Keselamatan & insurans Lengkap dengan ciri keselamatan terkini. Kos ansurans pula lebih tinggi mengikut nilai pada harga pasaran Bergantung pada usia kereta dipasaran. Di mana ciri keselamatannya berkemungkinan besar adalah lama tetapi kos insurannya lebih rendah.
Tempoh menunggu Seminggu atau berbulan Tidak perlu menunggu, jika stok kereta ada boleh terus beli dan guna.
Kos penyelenggaraan Percuma servis untuk beberapa tahun pertama. Tetapi, alat ganti kereta baru lebih mahal. Servis pula dibayar sendiri oleh pemilik. Tetapi, alat ganti lebih senang untuk dicari kecuali untuk kereta model lama.
Waranti Ada waranti penuh yang bertahan selama 3 hingga 5 tahun. Bergantung pada tempoh waranti jika masih ada.
Bayaran pendahuluan Perlukan bayaran pendahuluan. Bayaran pendahuluan bergantung pada penjual
Pilihan kereta Hanya model yang terkini dan terbaru untuk didapatkan. Mempunyai pelbagai pilihan model, tahun, dan harga yang menarik untuk didapatkan.
siapa patut beli kereta baru dan siapa patit beli kereta terpakai

Siapa Patut Beli Kereta Terpakai?

Beli kereta baru memang jauh lebih menarik berbanding beli kereta terpakai. Namun, tidak dapat dijangkal ianya bukan untuk semua.

Tetapi tentunya juga ramai mungkin tertanya-tanya, siapakah antara golongan yang sangat disarankan untuk membeli kereta terpakai ini.

Berikut kami senaraikan lima jenis golongan yang patut mempertimbangkan untuk beli kereta terpakai bagi kegunaan harian.

1. Kurang bajet

Kereta menjadi keperluan yang mendesak bagi golongan ini tetapi mereka mempunyai bajet yang sederhana dan tidak memungkinkan untuk beli kereta baru.

Untuk jenis ini, beli kereta terpakai memang solusi penyelamat yang paling menjimatkan. Jika pandai cari, berkemungkinan besar mereka boleh memiliki kereta terpakai dengan kondisi seakan kereta baru.

2. Tidak mempunyai keperluan yang mendesak

Ada orang beli kereta sekadar suka-suka. Malah kereta yang dibeli itu pada kebiasaannya hanya diletak di garaj kereta dan digunakan untuk memandu pada hujung minggu sahaja.

3. Gaya hidup minimalis

Gaya hidup minimalis sering dikaitkan dengan mereka yang hidup secara ringkas dan hanya mementingkan barang atau benda yang diperlukan sahaja dalam hidup berbanding kemahuan.

Untuk pengetahuan anda dari segi pemilihan kereta, mereka ini juga lebih cenderung memilih beli kereta terpaka.

Hal ini kerana bagi mereka kereta hanya digunakan sekadar untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Justeru itu pemilihan kereta tidaklah begitu merumitkan bagi mereka asalkan ianya mampu untuk digunakan dan memenuhi keperluan harian.

4. Gemar jenis automotif klasik

Pengemar kereta klasik gemar akan barangan antik oleh kerana nilai unik yang ada padanya.

Ciri-ciri istimewa pada kereta klasik baik dari sisi gaya dan kuasanya sering kali memukau para pengumpul kereta.

5. Seorang mekanik berpengalaman

Mereka yang mempunyai kerjaya sebagai seorang mekanik pada kebiasaannya akan memilih untuk beli kereta terpakai berbanding baru.

Hal ini kerana, mereka memiliki kemampuan yang terperinci dalam membaik pulih kereta sehingga bagi mereka tidak mempunyai masalah sama sekali sekiranya kereta terpakai yang dibeli mengalami kerosakan biasa bagi rata-rata kereta jenis itu.

Kaedah ini memang sangat menjimatkan bagi seorang mekanik berpengalaman dalam selok belok pembaikian kereta.

Kereta Baru Atau Kereta Terpakai?

Kereta Baru ataupun Kereta Terpakai, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membawa anda daripada titik A ke titik B.

Walaupun begitu, bagi mereka yang bercadang untuk mendapatkan kereta terpakai sebagai satu cara penjimatan, lakukan selidik dan uji kaji!

Sekiranya anda melompat langkah ini, kemungkinan akan membebankan kewangan anda daripada membeli kereta baru. Lebih teruk lagi sekiranya kereta anda tersidai di bengkel dan tidak dapat digunakan!

Untuk mendapatkan tips dalam membeli kereta terpakai. Baca artikel kami mengenai 15 Tips Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Diharapkan semoga pembaca kami dapat mendapatkan informasi yang bermanfaat dalam menentukan pilihan terbaik sama ada beli kereta baru atau kereta terpakai.

Jika anda tertarik untuk membeli kereta-kereta terpakai yang berkualiti tetapi dengan harga yang sangat berpatutan, boleh layari motortrader.com.my untuk pilihan yang lebih menarik dan menguntungkan.

Selain daripada membawakan anda pilihan kereta yang luas, anda juga boleh memperbaharui insurans atau road tax anda dengan harga yang menarik!

Menikmati penjimatan lebih dengan menggunakan promo code GOMOTOR di GoInsurans.com

Share