6 Sebab Beli Kereta Terpakai Secara Online

Beli Kereta Terpakai Online Lebih senang

Setiap tahun, pengguna kereta dan jualan kenderaan di Malaysia bukan sahaja meningkat, malah menunjukkan lonjakan yang luar biasa. Golongan muda tidak terkecuali dalam peningkatan ini dan turut menyumbang ke trend beli kereta terpakai secara online.

Dengan kemajuan teknologi, kesedaran dan ilmu automotif yang semakin meningkat dan kehadiran platform-platform penjualan online seperti Motor Trader, Carsome, MyTukar, dan mudah.my pembelian kereta terpakai semakin mendapat sambutan.

Tak dapat dinafikan, baik kereta baru mahupun terpakai, masing-masing mempunyai tarikan dan sasaran pelanggan mereka yang tersendiri.

Bukan itu sahaja, jika dulu untuk membeli kereta kita terpaksa ke showroom atau tempat jual kereta untuk membuat urusan jual beli tetapi hari ini beli kereta juga tidak mustahil melalui online.

Lebih-lebih lagi kereta terpakai! Ramai yang lebih gemar untuk mencari secara online daripada ke kedai? Mengapa? Sudah tentunya ada kelebihan yang menyebabkan perubahan ini!

Teruskan membaca untuk ketahui sebab-sebab mengapa pengguna lebih gemar beli kereta terpakai online.

Proses beli kereta terpakai online

Sebab Untuk Beli Kereta Terpakai Online

1.Banyak pilihan kereta

Antara sebab pertama yang anda sebagai pengguna patut beli kereta terpakai online adalah kebebasan memilih!

Jenis kereta, saiz, warna, semuanya tidak terhad pada satu kedai sahaja! Apabila membeli secara online, anda mempunyai banyak pilihan kereta untuk dimiliki

Mencari kereta terpakai yang benar-benar terbaik dan berkualiti memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika bertindak dan membuat keputusan terburu-buru maka akan lebih tinggi risiko yang bakal kita hadapi.

Buka sahaja komputer atau telefon pintar, sambil-sambil sambil melayari internet anda sudah dapat mengetahui semua butiran kereta terpakai yang mahu dibeli.

Baik dari segi maklumat tentang pemilikan kenderaan, sejarah kemalangan, status penjualan, dan perbatuan. Kini semuanya berada dihujung jari anda!

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih, hubungi sahaja pemilik kereta dan buat temujanji untuk uji pandu. Senang bukan?

Tambahan lagi, beli kereta terpakai online ini pun memberikan kita pilihan bukan 100, atau 200, tetapi beribu-ribu pilihan kenderaan dari pelbagai kategori rekaan, model dan jenama, warna, tahun pemilikan, dan yang paling penting ikut bajet yang sedia ada.

2. Menjimatkan masa

Pergi dari satu tempat ke satu tempat jual kereta terpakai berbanding hanya duduk dan singgah ke 10 website jual kereta online dalam satu masa, manakah yang lebih menjimatkan masa?

Tentunya beli kereta secara online! Kerana dengan cara ini kita dengan mudah dapat membuat pembandingan terus untuk 4 hingga 5 kereta atau lebih dalam satu masa dan memilih kereta yang terbaik untuk dibeli.

Malah, anda tidak perlu terkejar-kejar dan menggunakan masa hujung minggu untuk melawati kedai-kedai tersebut.

Lagi teruk sekiranya kedai dealer hanya buka pada hari bekerja dan waktu berkerja. Pasti akan bertangguh-tangguh dan pejam celik sudah setahun!

Duduk sahaja di hadapan komputer dan buka tab banyak-banyak untuk buat perbandingan. Dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Itulah sebab mengapa anda patut beli kereta terpakai secara online.

3. Harga lebih murah

Sudah jelas lagi bersuluh, beli kereta terpakai sememangnya menjimatkan kerana ia memiliki harga yang murah.

Ini adalah kerana kereta terpakai mempunyai susut nilai tersendiri merangkumi faktor seperti mileage, jenama kereta, rekod servis, keadaan kereta, tempoh waranti, penggunaan bahan api, dan saiz kereta.

Bagi sesiapa yang memohon pinjaman bank, permohonan berpeluang mendapatkan membiayaan yang lebih murah atau tempoh pinjaman yang lebih pendek. Ataupun lebih baik lagi, kedua-dua sekali.

Walaupun begitu, kerana harganya yang jauh lebih murah daripada harga pasaran, tak hairan jika sesetangah pembeli lebih gemar membeli secara tunai.

Malah, dengan cara ini pembeli juga dapat mengelak faedah tinggi daripada pinjaman pihak bank.

4. Dilindungi dengan keselamatan dan penipuan

Selalu kita dengar tentang “orang tengah” dalam aktiviti jual beli barang. Menggunakan orang tengah dalam membeli barang berharga dan berjenama seperti kereta sebenarnya membuka ruang risiko yang lebih besar tanpa kita sedar.

Baca juga: Used Cars Hidden Charges Must-Knows!

Ini belum terkait lagi dengan cara, imej, dan layanan yang diberikan oleh penjual tersebut. Bukan mudah untuk mendapatkan jurujual yang serasi dengan anda.

Walaupun kedengaran kecil namun bagi sesetengah pihak ia merupakan antara salah satu aspek yang boleh merosakkan pengalaman pembelian tersebut. Lebih-lebih lagi kerana membeli kereta, baik kereta terpakai mahupun baharu adalah pembelian dan komitmen yang besar.

Namun jangan terlalu risau untuk membuat pembelian kereta terpakai secara online.

Hal ini kerana, setiap website yang menyediakan servis jual dan beli kereta terpakai ini dilengkapi dengan keselamatan dan jaminan yang memberi kelebihan kepada kedua-dua belah pihak.

5. Maklumat penjual yang lengkap

Membeli sendiri kereta terpakai tanpa melalui pembekal dan agen yang sah membuatkan kita berisiko untuk mudah ditipu.

Ini boleh terjadi disebabkan pembeli tidak tahu akan maklumat terperinci mengenai kenderaan dan pembekal sebenar itu.

Terdapat banyak penipuan yang berlaku berkaitan dengan jual beli kereta terpakai di Malaysia sehingga membabitkan beribu-ribu mangsa di seluruh dunia. Jangan kata online, malah ada juga di kedai-kedai dealer.

Namun, jangan terlalu risau kerana website jual beli kereta terpakai kebanyakkannya sudah membuat tapisan untuk pelanggan.

Contohnya di Motor Trader, kami memerlukan perakuan atau dokumen untuk verifikasi sebelum penjual mula menjual. Ini secara tidak langsung memberikan sedikit keselamatan dan kepercayaan kepada pembeli.

6. Insuran rendah

Insuran kereta adalah nadi yang sangat penting pada sebuah kenderaan. Bagaimana mungkin kita boleh memperbaharui road tax kereta tanpa insurans? Tidak sama sekali!


Malah bukan itu sahaja, kenderaan yang tiada road tax sudah semestinya menjadi satu kesalahan dalam undang-undang jalan raya dan akan dikenakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Harga insuran kereta ditentukan oleh 3 faktor iaitu:

  • Jumlah Perlindungan Kereta
  • Tahun Pembuatan Kenderaan
  • NCD atau No Claim Discount

Tadi kita cakap soal harga kereta terpakai jauh lebih murahkan? Namun ramai yang tidak sedar, beli kereta terpakai online juga mempunyai insurans yang lebih rendah daripada biasa.

Ini adalah kerana insuran kereta turut bergantung pada tahun pembuatan kenderaan. Lebih tua kereta sesebuah kereta maka lebih murah harga insurans kereta tersebut.

Justeru itu, tiada lagi alasan untuk kita membahayakan diri dan keluarga tersayang di jalan raya.

Sebab mengapa anda patut beli kereta terpakai online

Jika digandingkan dengan selidik yang teliti, keputusan membeli kereta terpakai memang berbaloi. Tambahan lagi apabila membeli secara online pengguna dapat lebih manfaat termasuklah menjimatkan wang, masa dan tenaga.

Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat dan boleh membantu anda dalam membuat pilihan terbaik dalam membeli kereta.

Sedang mencari kereta terpakai? Tak perlu cari jauh-jauh! Klik SINI untuk kereta terpakai yang ada di laman web kami.

Motor Traders menyediakan anda semua dengan pelbagai jenis kereta terpakai dari seluruh pelusuk Malaysia. Agar anda dapat kereta terpakai idaman anda!

Share