Setiap keluarga di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta untuk kemudahan pengangkutan. Pada asasnya, fungsi utama kereta adalah untuk membawa dari destinasi A ke B. Jikalau anda membeli dengan cermat, tidak kira kereta baru atau terpakai, anda boleh menikmati fungsi ini. Namun, terdapat beberapa kelebihan yang membuatkan pengguna lebih gemar beli kereta terpakai.
Membeli kereta memang seronok! Merasai keterujaan memilih kereta, membuat kajian tentang pelbagai jenis kereta, nikmat uji pandu kereta idaman hati anda, dan akhirnya kepuasan membawa pulang kereta tersebut.
Walaupun kedengaran seronok namun ramai yang belum lagi mampu membeli kereta idaman mereka dan lebih selesa dengan membeli kereta terpakai.
Bercanggah dari stigma masyarakat yang sering sahaja mengaitkan kereta terpakai sebagai kereta bermasalah, terdapat juga mempunyai kelebihan apabila beli kereta terpakai.
Dengan akses mudah kepada internet, ramai pengguna hari ini lebih celik tentang hal-hal kereta terpakai. Blog, forum dan pelbagai platform seperti Motor Trader, Carsome, dan Carlist telah kongsikan kepakaran dan tip-tips mengenai kerata terpakai.
Lantas, pengguna boleh membuat keputusan yang bijak apabila membeli kereta terpakai dan mendapatkat kualiti yang baik dengan wang ringgit yang dibelanjakan.
Apabila ditanyakan, ramai yang mempunyai sebab mereka tersendiri. Sama ada kekangan budget, keperluan sementara dan pelbagai lagi. Namun percayalah, kereta terpakai mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan buat pembeli.
Jika anda masih mempertimbangkan sama ada mahu membeli kereta baru atau terpakai, baca sampai habis! Kami akan kongsikan 5 kelebihan beli kereta terpakai.
Kelebihan Beli Kereta Terpakai
1. Susut Nilai Yang Kecil
Apabila mengulas tentang hal-hal kereta terpakai, susut nilai adalah topik yang wajib dibicarakan.
Apa itu susut nilai? Susut nilai adalah perbezaan nilai kereta antara masa pembelian dan apabila hendak menjual semula. Ia merujuk kerapa nilai harga kereta yang pemilik akan hilang dari semasa ke semasa.
Bila susut nilai kereta bermula? Sejurus selepas anda menerima kereta tersebut daripada pengedar. Untuk pengetahuan lanjut, kebiasaannya dalam masa lima tahun kereta baru akan mengalami susut nilai sebanyak 60%.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi susut nilai sesebuah kereta. Antaranya termasuklah:
- Mileage
- Jenama Kereta
- Rekod Servis
- Kondisi Kereta
- Tempoh Waranti
- Penggunaan Bahan Api
- Saiz Kereta
Contohnya, apabila anda membeli sebuah Perodua Myvi yang berharga RM49,000 pada tahun 2017, selepas 5 tahun ‘resell value’ kereta tersebut bermula dari RM19,600 setelah mengalami 60% susut nilai.
Secara umumnya, kereta tempatan seperti Myvi dan Axia mempunyai susut nilai yang tinggi. Tapi tidak bermaksud kereta tempatan tidak berkualiti.
Terdapat juga kereta tempatan yang mempunyai kadar susut nilai yang rendah kerana menggunakan teknologi automotif daripada Jepun. Negara Jepun tidak asing dalam industri automotif. Kereta keluaran Jepun, terutamanya Toyota sangat terkenal kerana cirinya yang tahan lasak, jimat minyak dan tidak banyak masalah.
Baca Juga: 5 Model Kereta Yang Mempunyai Nilai SecondHand Tertinggi
Dengan membeli kereta terpakai anda tidak perlu menanggung susut nilai ini dan sebaliknya dapat kereta dengan harga yang lebih murah.
2. Harga yang lebih murah
Oleh kerana kereta terpakai mempunyai susut nilai, anda boleh mendapatkan kereta pada harga yang jauh lebih rendah.
Malah, jika anda memohon pinjaman bank, anda juga boleh mendapatkan tempoh pembayaran yang lebih pendek. Contohnya, kebanyakkan pinjaman hire-purchase loan kereta adalah selama 9 tahun.
Dengan amaun pinjaman kereta terpakai yang lebih rendah, maka anda boleh pendekkan tempoh bayaran kepada 5 tahun sehaja.
Lebih baik lagi, jika anda mempunyai wang lebih, beli sahaja secara tunai! Secara tidak langsung dapat elak kadar faedah daripada pihak bank.
Selain itu, dengan memilih untuk mendapatkan kereta terpakai, pembeli juga mempunyai pilihan yang lebih luas.
Dengan bermodalkan RM50,000 anda mungkin boleh mendapatkan sebuah Perodua Myvi baharu. Tetapi dengan kereta terpakai, jumlah wang sama memberikan pilihan kereta terpakai yang lebih ‘atas’ seperti Honda, Toyota malah jenama continental seperti Volkswagen ataupun BWM!
3. Kurang Perbelanjaan Tambahan
“Kereta lama mesti banyak masalah”, ini adalah stigma biasa masyarakat apabila berbicara tentang kereta terpakai.
Ianya tidak 100% benar, lebih-lebih lagi apabila anda telah menjalan kajian dan selidik tentang kereta terpakai yang bakal anda beli.
Kami telah kongsikan 15 tips untuk bantu anda ketika membeli kereta terpakai. Klik SINI untuk baca!
Apabila membandingkan kereta terpakai di pasaran, pilih jenama yang diketahui boleh dipercayai dari semasa ke semasa.
Berdasarkan Kajian Kualiti Awal JD Power Malaysia 2017, Perodua, Proton, Toyota, Honda dan Isuzu adalah antara jenama yang paling kurang bermasalah.
Malah dengan membeli kereta terpakai, anda juga boleh bantu mengurangkan masa dan kemungkinan kereta anda akan tersidai di pusat servis.
Jangan terkejut sekiranya kereta baru Volkswagen mempunyai kos servis dan maintenance yang lebih tinggi daripada kereta Honda terpakai.
4. Kadar Insurans Yang Lebih Rendah
Seperti yang semua sedia maklum, insurans kereta berubah setiap tahun mengikut harga pasaran semasa kereta.
Oleh itu, kereta terpakai yang pada asasnya dijual dengan harga yang jauh lebih murah turut mempunyai harga insurans yang lebih murah!
Terdapat 3 faktor utama yang menentukan harga insurans kereta anda iaitu jumlah perlindungan kereta, tahun pembuatan kenderaan dan No Claim Discount (NCD)
Bagaimana tahun pembuatan kenderaan menentukan harga insurans kereta anda? Lebih baru kereta yang dikeluarkan dan didaftarkan, harga insurans juga akan semakin mahal.
Contohnya, Perodua Myvi yang dikeluarkan pada tahun 2022 lebih mahal daripada Perodua Myvi yang dikeluarkan pada tahun 2019.
Bolehkah kalau tak nak ambil insurans kereta? Jawapannya, tak boleh! Anda tidak boleh mendapatkan atau memperbaharui road tax kereta anda tanpa insurans.
Tidak mempunyai road tax merupakan satu kesalahan undang-undang jalanraya dan boleh dikenakan saman oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalanraya) Malaysia.
Usah risau, hal insurans dan roadtax ini tidaklah serumit yang sering dikatakan. Gunakan Kalkulator Road Tax kami untuk ketahui bayaran roadtax anda!
5. Kurangkan kerugian
Tak dapat dinafikan kebanyakkan golongan yang lebih cenderung untuk membeli kereta secondhand adalah student ataupun fresh graduate. Mereka hanya melihat kereta sebagai keperluan pengangkutan dan tidak mementingkan jenama atau pelbagai fungsi canggih.
Satu faktor besar apabila membeli kereta secondhand adalah sebagai kegunaan sementara dan bukan selamanya. Dengan kegunaan angaran 10 hingga 15 tahun, anda tidak perlu risau apabila ingin ‘upgrade’ kerana tidak akan menanggung kerugian yang terlalu besar.
Ini adalah kerana susut nilai sesebuah kereta jatuh paling banyak dalam masa 5 tahun pertama. Selanjutnya, susut nilai kereta jatuh dalam kadar yang kecil sahaja.
Contohnya, dengan membeli kereta baru Perodua Myvi dimana kebanyakkan susut nilai adalah sebanyak 30%. Sekiranya anda membeli pada harga RM56,518 (tidak termasuk insurans) selepas 5 tahun, jika anda ingin jual semula, kemungkinan besar kereta anda bermula daripada harga RM37,618.
Susut nilai yang harus anda tanggung adalah jauh lebih tinggi buat kereta baru jika dibandingkan dengan kereta secondhand.
Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai?
Membeli kereta terpakai pada hari ini berbeza daripada 10 tahun sebelumnya. Dimana pelanggan susah mendapat akses pada informasi dan pengetahuan lengkap.
Lantas, cenderung menjadi mangsa kepada harga yang tidak berpatutan. Ataupun lebih teruk lagi, kereta yang cenderung untuk rosak dan bermasalah yang memerlukan banyak perbelanjaan.
Namun, hari ini dengan platform-platform pembelian seperti Motor Trader, Carsome, Mudah.my yang memberikan informasi yang lengkap kepada pembeli, anda usah takut tertipu.
Tambahan lagi di Motor Trader kami turut kongsikan tips-tips dan pengetahuan yang berguna mengenai kereta terpakai agar anda tidak tersalah beli!
Oleh itu, sekiranya anda sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta terpakai, teruskan niat anda. Kereta terpakai juga mempunyai banyak kelebihan tersendiri dan berbaloi dengan harga yang di belanjakan.
Ingat, buat selidik yang menyeluruh tentang apa yang keperluan dan kemahuan bagi kereta anda. Disamping memudahkan urusan harian anda, kereta juga meneman setia anda. Maka, pilih dengan betul!
Cari kereta terpakai idaman anda di www.motortrader.com
Pelbagai jenis jenama kereta terpakai dari seluruh pelusuk Malaysia ditawarkan dalam satu tempat. Perodua, Proton, Honda ataupun Porsche, semuanya ada! Selamat membeli!