15 Tips Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Apakah tips yang berguna dapat membantu anda semasa beli kereta terpakai di Malaysia? Artikel pada kali ini akan berkongsi kepada anda tentang 15 tips beli kereta terpakai di Malaysia yang paling mudah, murah, bijak, dan berbaloi. Ikuti perkongsiaan ini sehingga ke penghujungnya.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) peratusan jualan kenderaan di Malaysia pada tahun 2021 menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun negara sedang dilanda kemelut Covid-19 yang merencatkan sedikit ekonomi tempatan. Kadarnya meningkat kepada 63,489 unit pada Oktober berbanding 57,695 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Ini jelas menunjukkan kereta bukan lagi kemahuan kepada masyarakat tetapi sebaliknya keperluan yang digunakan untuk memudahkan perjalanan seseorang. Permintaan pada kereta masih ada walaupun di saat-saat yang sulit. Masih ada ramai yang ingin membeli, dan ramai juga yang mampu memilikinya. Tidak kiralah di Malaysia ini ada kereta second hand atau kereta baru, kedua-duanya mempunyai pengemar yang setia.

Kereta adalah harta alih, mudah susut nilai?

Membeli kereta baru memerlukan anda untuk buat pinjaman loan bank RM 700 hingga RM 1200 sebulan dalam purata 7 tahun. Berbanding dengan membeli kereta second hand, anda hanya perlu RM 300 hingga RM 600 sebulan sahaja atau boleh juga membayar tunai untuk harga keseluruhan kenderaan tersebut.

Perbezaan yang sangat jauh inilah yang menyebabkan ramai pengguna tertarik untuk membeli kereta murah berbanding kereta yang dipamerkan di dalam showroom.

Selain itu, kereta baru mempunyai susut nilainya yang tersendiri. Susut nilai yang banyak ini menyebabkan peratusan harga kenderaan tersebut boleh turun dengan sangat mendadak.

Jadi tidak hairanlah, sekiranya ada sesetengah pengguna yang setiap 5 tahun sekali tukar kenderaan lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkemampuan. Ini juga merupakan salah satu cara mereka membentuk pertukaran harta yang bijak dan menguntungkan.

Tips beli kereta terpakai yang perlu anda tahu

Pembelian yang bijak adalah pembelian yang mempunyai strategi yang berkesan untuk mencapai nilai yang terbaik. Oleh itu, wajar jika anda ikuti tips sebelum membeli kereta murah di Malaysia ini untuk mendapat keuntungan yang lebih berpihak kepada anda. Antara tips yang disarankan adalah seperti:

1. Tetapkan bajet yang mampu

tips beli kereta terpakai di malaysia - tetapkan Bajet yang mampu

Memang secara umumnya kereta terpakai dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding kereta baru. Namun ada sahaja model kereta yang tidak jatuh harganya untuk dimiliki seperti Honda Integra DC2 Type R, Proton Arena, Suzuki Swift Sport, Perodua Kelisa, dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, menyediakan bajet yang anda mampu adalah hal yang paling mustahak untuk memastikan apa yang dipilih tidak menyusahkan diri sendiri.

Pengurusan kewangan yang baik untuk jangka masa panjang adalah harga kereta tidak boleh melebihi 15% dari pendapatan bulanan anda. Contohnya, katakan gaji RM 3000 sebulan, jadi untuk harga bayaran bulanan kereta yang mampu untuk anda bayar adalah sebanyak RM 450 sahaja.

2. Buat survey

tips beli kereta terpakai di malaysia - buat survey

Rajin-rajin buat survey sebelum beli. Hari ini terlalu banyak alternatif yang boleh anda gunakan untuk buat semakan sendiri dari mana-mana portal iklan automatif paling popular di Malaysia seperti:

Anda akan dapat tahu harga pasaran kenderaan dengan sekali “klik” sahaja. Ianya cukup mudah dan jimat masa.

Berjumpa dengan “car dealer” tanpa ilmu dan pengetahuan, sudah tentu amat mudah sekali untuk ditipu. Sediakan dahulu sedikit maklumat yang berguna untuk tunjukkan yang anda benar-benar berminat dengan tawaran tersebut.

3. Hadkan pilihan bergantung pada tahun kereta dikilangkan

tips beli kereta terpakai di malaysia - hadkan pilihan bergantung pada tahun kereta dikilangkan

Dalam keterujaan anda untuk membeli kereta, dinasihatkan untuk anda hadkan pilihan kereta yang tidak melebihi 5 tahun selepas tarikh ia dikilangkan. Ini untuk mengurangkan sebarang risiko dan masalah yang ada dalam sebuah kereta.

Sentiasa ingat, kereta bukanlah aset tetapi ianya liabiliti yang mempunyai kos tersembunyi dan perlu anda tanggung seperti kos baik pulih, kos penyelenggaraan, kos minyak, dan sebagainya.

4. Semak had perbatuan (mileage) kereta

tips beli kereta terpakai di malaysia - semak had perbatuan kereta

Semakin tinggi jarak perbatuan kereta, maka semakin rendah nilai kereta. Walau bagaimanapun, untuk membeli kereta terpakai murah, pastikan jarak perbatuan tidak terlalu tinggi tetapi sederhana.

Bagaimana pula jika ada penjual yang menipu tentang bacaan odometer, tentulah bacaan perbatuannya akan berubah? Untuk kes seperti ini, anda boleh minta rekod penyelenggaraan dari pemilik asal, dan perhatikan komponen kereta kerana kereta yang sudah mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, komponen mudah haus.

Contohnya seperti spark plug. Kebiasaannya boleh tahan sehingga 100,000 km. Jadi sekiranya anda beli kereta yang mempunyai bacaan odometer sebanyak 50,000 km tetapi sudah perlukan spark plug yang baru, maksudnya ada berlaku penipuan di situ.

5. Periksa sejarah penggunaan kereta

Tips 5- periksa sejarah penggunaan kereta

Sentiasa berhati-hati jika kereta yang anda terima terlalu murah harganya. Sesuatu yang murah dari nilai biasa, kemungkinan besar mempunyai kecatatan yang anda tidak sedar. Ia boleh terjadi kerana faktor seperti:

  • Pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya
  • Mempunyai had perbatuan yang tinggi
  • Pernah dimiliki oleh beberapa orang pemilik sebelum ini

Sekiranya anda tetap berkeras untuk membelinya, banyak risiko yang perlu anda hadapi pada masa akan datang nanti.

6. Periksa rekod servis kereta dari pengguna terdahulu

Tips 6 - periksa rekod servis kereta dari pengguna terdahulu

Jangan risau, anda sebagai bakal pembeli ada hak untuk lihat dan semak semua rekod servis kereta terdahulu. Sekiranya sudah 5 tahun kereta dipakai oleh pengguna lama, maka 5 tahun jugalah anda perlu semak rekod tersebut.

Memang leceh, tetapi tips ini sangat penting untuk memastikan kereta dalam keadaan yang baik. Sekiranya boleh, anda juga disarankan untuk berkunjung ke pusat servis yang digunakan pemilik lama untuk semak rekod dalam sistem mereka.

Rekod servis tersebut lebih telus dan lengkap untuk anda lihat sejarah kereta sekiranya ada kerosakan alat ganti, enjin, atau komponen lain yang ditukar.

7. Periksa keadaan luar dan dalam kereta

Tips 7- periksa keadaan luar dan dalam kereta

Walaupun ramai yang memandang ringan perkara ini, tetapi lebih baik untuk anda periksa keadaan luar dan dalam kereta secara menyeluruh. Ambil serius pada kerosakan, kemik, dan segala kecatatan yang anda nampak pada bahagian luar dan dalam kenderaan tersebut.

Kemudian, laporkan kepada penjual untuk membolehkan harga direndahkan sedikit dari nilai asal bergantung kepada kerosakan. Kos untuk mengecat semula keseluruhan badan kereta memakan belanja lebih dari RM 2,000. Untuk kerosakan disebabkan kemik pula, kos mungkin bermula dari RM 150 ke atas.

8. Periksa aksesori dan kelengkapan

Tips 8- periksa aksesori dan kelengkapan

Sebelum buat perjanjian atau tandatangan apa-apa dokumen yang menandakan anda setuju untuk membeli, periksa dulu semua aksesori dan kelengkapan kereta sama ada ia lengkap dan boleh berfungsi dengan baik.

Aksesori yang dimaksudkan ini termasuklah pengelap cermin, tanda isyarat kereta, lampu (depan, sisi, spotlight, break), hon, penghawa dingin, radio, tali pinggan keselamatan, tayar ganti, kotak alat ganti kenderaan, dan laci simpan kenderaan.

Jangan risau untuk suarakan rasa tidak senang atau tidak puas hati anda dengan segala kerosakan yang ada. Ambil masa anda, dan fikir semasak-masaknya. Membeli kereta bukanlah nilai yang kecil tetapi memerlukan kos ribuan ringgit.

9. Periksa bahagian enjin

Tips 9 - periksa bahagian enjin

Dalam banyak-banyak komponen kereta, bahagain enjin adalah yang paling penting sekali. Jika anda sudah mahir dengan kereta, dengar sahaja bunyi deruman enjin sudah tahu sama ada ia dalam keadaan baik atau tidak.

Antara perkara yang boleh diperiksa di bahagian enjin termasuklah periksa sekiranya ada sebarang kebocoran minyak, keadaan radiator, minyan enjin, dan pastikan semua komponen disambungkan dengan tepat, tidak rosak dan buruk.

10. Pandu uji kereta

Tips 10 - pandu uji kereta

Tidak kiralah anda beli kereta terpakai dari pemilik kenderaan sebenar atau pihak lain, pastikan buat pandu uji kereta terlebih dahulu sebelum ambil sebarang keputusan.

Dengan cara ini, anda akan mendapat kepuasan yang maksima bagi membantu membuat keputusan yang terbaik dalam membeli kereta. Semasa memandu perhatikan dengan terperinci berkenaan dengan beberapa aspek seperti:

  • Fungsi brek kereta dari bunyi yang asing atau pelik
  • Fungsi stereng untuk kawal tayar
  • Fungsi tayar, gear, dan suspension dengan menguji di laluan yang berbeza-beza rata, selekoh, dan berbukit
  • Fungsi gear dengan memastikan ia mudah untuk dikawal dan dikendalikan tidak kiralah sama ada automatik atau manual.

11. Elakkan kenderaan terlebih diubah suai

Tips 11 - elakkan kenderaan terlebih  diubah suai

Kereta yang mengalami proses ubah suai yang sangat banyak berdepan dengan pelbagai risiko di kemudian hari. Ingat anda tidak membeli kereta untuk berlumba tetapi untuk kegunaan harian seperti bekerja.

12. Periksa tanda spot welding

Tips 12 - periksa tanda spot welding
spot welding
Spot welding

Apa tujuan tanda spot welding sebenarnya? Untuk pengetahuan anda, spot welding ini adalah proses cantuman kepingan besi chassis dan permukaan badan kereta.

Jadi sekiranya kereta terpakai yang ingin anda beli itu tidak memiliki tanda tersebut, berkemungkinan besar ia pernah terlibat dalam kemalangan. Biasanya, ia boleh ditemukan di bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender.

13. Pilih kereta yang jimat minyak

Tips 13 - Pilih kereta yang jimat minyak

Zaman sekarang, penjimatan adalah sesuatu yang sangat penting dalam gaya hidup masyarakat kini. Oleh itu, cari kereta terpakai yang dilengkapi dengan teknologi enjin terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC bagi mengurangkan penggunaan bahan api dan mengekalkan kuasa enjin.

14. Bawa mekanik sendiri

Tips 14 - Bawa mekanik sendiri

Membawa mekanik sendiri untuk periksa kereta yang anda suka dan mahu beli adalah lebih baik berbanding anda yang buat pemeriksaan tersebut. Hal in kerana, mereka yang terlibat dengan urusan membaik pulih kereta mempunyai kepakaran untuk memastikan sesebuah kereta itu dalam keadaan baik atau tidak.

Seorang penjual sudah pasti tidak mampu untuk menipu pembeli apabila dia membawa seseorang yang pakar dan lebih arif dalam urusan tersebut.

15. Pilih kenderaan yang teknologi terkini

Tips 15 - pilih kenderaan yang teknologi terkini

Teknologi berkembang bukan lagi mengikut apa yang manusia inginkan. Ia mampu berkembang setiap saat di luar kemampuan manusia. Jadi tidak hairan, semakin hari kereta semakin canggih dihasilkan dan dijual di pasaran.

Banyak teknologi terkini yang digunakan untuk bersaing dengan jenama-jenama mahal yang lain. Walaupun tujuan utama anda membeli kereta terpakai yang murah untuk jimat kos tetapi jangan abaikan faktor teknologi dalam kereta.

Pastikan setidak-tidaknya, kereta yang anda minat itu mempunyai sistem perlindungan yang baik, terjamin, berkualiti, dan selamat seperti beg udara, dan brek ABS kerana nyawa tidak mampu dibeli dengan harga sebuah kenderaan.

Diharapkan artikel berkenaan dengan tips beli kereta terpakai ini dapat memberikan ilmu pengetahua dan informasi yang bermanfaat untuk semua pembaca agar anda sentiasa bersedia sebelum melakukan sebarang pembelian. Ingat, tidak salah memberikan sedikti ruang dan masa untuk diri anda berfikir sebelum ambil keputusan daripada mengambil satu keputusan terburu-buru yang merugikan diri sendiri.

Share