Kereta Terpakai: Tanda-Tanda Brek Bermasalah

Tanda-Tanda Brek Bermasalah

Apabila membeli kereta terpakai, perkara terakhir yang anda harus harapkan adalah kesempurnaan. Walaupun begitu, keselamatan bukan sesuatu yang wajar dikompromi. Demi keselamatan diri dan keluarga, pastikan kereta terpakai tersebut tidak mempunyai tanda-tanda brek bermasalah.

Brek merupakan komponen keselamatan yang paling penting bagi kereta anda, terutamanya ketika memandu.

Kerana peranannya yang penting, ia memerlukan penyelenggaraan ataupun penggantian berkala untuk beroperasi secara optimum. 

Sayangnya, ramai yang ambil ringan hal-hal penyelenggaraan kereta. Malah, kerana alat penggantian yang boleh tahan mahal, ramai yang membuat keputusan untuk tidak hiraukan.

Oleh itu, tak hairan sekiranya kereta terpakai sering mempunyai tanda-tanda brek bermasalah, lebih-lebih lagi pada kereta yang berusia lebih daripada 5 tahun.

Sekiranya anda merasakan sesuatu yang pelik pada brek kereta semasa sesi pandu uji, jangan terus percaya apabila dealer atau penjual mengatakan ianya normal atau remeh. 

Brek yang bermasalah walaupun kecil boleh jadi tanda kerosakan yang lebih besar. Yang di kemudian hari akan memakan wang anda atau lebih lebih teruk lagi menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. 

Oleh itu, kami akan kongsikan tanda-tanda brek bermasalah yang harus anda berwaspada pada kereta terpakai. 

tanda brek bermasalah pada kereta terpakai

Tanda Brek Bermasalah Pada Kereta Terpakai 

1. Bergetar dan Mencicit Semasa Brek 

Sekiranya anda merasai getaran pada pedal atau gegaran pada stereng apabila menekan brek, jangan ambil ringan. Ini adalah salah satu petanda brek kereta tersebut bermasalah.  

Ini berkemungkinan disebabkan oleh rotor kereta beroperasi secara tidak sekata. Perubahan atau variasi rotor itu normal kerana komponen ini bekerja keras dan membuat beribu-ribu pusingan dalam sehari.

Selain itu, beroperasi secara berterusan dalam jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan hakisan pada permukaan rotor yang menjadikan ia tidak sekata.

Oleh itu, semasa penyelenggaran brek, permukaan rotor akan sentiasa ditampal dan diratakan untuk meminimumkan variasi ini. Penyelenggaraan tersebut hendaklah dilakukan dengan betul dan mengikut spesifikasi kenderaan.  

Walaupun merupakan unit kecil, rotor memainkan peranan dalam pemanduan yang selamat. Lantas, perhatikan situasi ini ketika pandu uji kereta terpakai.

2. Bunyi Pelik dalam Sistem Brek

Sekiranya kereta terpakai yang anda pandu uji mengeluarkan bunyi nyaring apabila anda menekan brek ianya mungkin petanda bahawa brek pad kereta tersebut sudah haus. 

Usah terlalu risau kerana ianya merupakan masalah brek yang paling biasa dihadapi. Pad brek diperbuat daripada keluli. Makanya, apabila ia bersentuhan sesama sendiri tanpa brek pad tersebut mereka akan menghasilkan bunyi yang ngilu.

Usah terlalu risau kereana masalah ini dapat diselesaikan dengan hanya mengantikan pad brek kenderaan tersebut.

3. Bocoran Cecair

Setiap kali anda menekan brek, banyak komponen kereta yang beroperasi secara serentak. Proses ini turut melibatkan cecair brek atau juga dikenali sebagai minyak brek.

Cecair ini sangat penting untuk mencipta tekanan hidraulik terhadap angkup brek. Jika kenderaan anda tidak mempunyai minyak brek, ianya tidak akan dapat berhenti dengan selamat. 

Anda boleh mengenal pasti sama ada kereta tersebut mengalami kebocoran cecair brek dengan melihat jika terdapat sebarang lompok cecair di bawah kereta semasa anda meletak kenderaan.

Selain itu, anda juga boleh periksa dalam takungan minyak brek.

4. Bau Kebakaran

Bau terbakar atau bau campuran kimia berkemungkinan tanda bahawa brek sudah terlalu panas. Lebih pasti lagi sekiranya terdapat asap yang keluar daripada tayar.

Ini terjadi apabila kaliper brek tersekat dan menghasilak geseran yang berlebihan. 

Sekiranya ini berlaku hentikan pemanduan anda! Bawa ke bengkel dan biarkan ia diperiksa oleh profesional sebelum anda kembali meneruskan perjalanan. 

5. Kereta Menyereng Ke Tepi Apabila Brek

Sekiranya anda mendapati bahawa kereta anda menyereng ke satu arah ketika menekan brek, maka kenderaan tersebut mungkin mengalami masalah angkup brek atau hos. 

Perkara ini akan berlaku pada brek hadapan dimana hanya satu brek sahaja yang berfungsi. Makanya, apabila brek di sebelah tidak berfungsi dan tidak dapat memperlahankan tayar, kereta akan ditarik ke arah brek berfungsi.

Walaupun begitu, masalah ini akan lebih sukar untuk dikenalpasti pada brek belakang. Ini adalah kerana brek belakang biasanya tidak memberikan daya yang mencukupi untuk menarik kereta ke satu sisi apabila brek.

6. Brek Terasa Lembut atau Seperti Spons

Apabila anda menekan pedal brek, anda sepatutnya merasakan tekanan padu di bawah kaki anda.

Jika brek anda terasa lembut atau jika pedal menyentuh papan lantai, dengan mudah, maka sudah tiba masanya untuk memeriksa sistem brek anda. 

Perkara ini mungkin disebabkan oleh cecair brek hidraulik tidak mampat. Ini merupakan fungsi utama itulah sebabnya ia berfungsi dengan baik untuk memindahkan jumlah tekanan yang betul ke brek anda untuk menghentikan kereta.

Pedal brek yang lembut selalunya bermakna kereta terpakai tersebut mempunyai udara atau lembapan dalam sistem brek yang menjejaskan fungsi tekanan brek.

Selain itu. brek yang terasa lembut juga boleh bermakna silinder induk tidak berfungsi dengan betul. 

Walau apa pun puncanya, brek lembut atau sperti span ianya sanger merbahaya terutamanya jika anda perlu brek mengejut.

7. Lampu Amaran Brek Menyala

Lampu amaran brek biasanya menunjukkan bahawa kereta berada dalam keadaan parking.

Tetapi jika lampu kekal menyala walaupun selepas anda melepaskan brek, ini mungkin bermakna paras minyak brek dalam silinder induk adalah rendah.

Apabila anda menekan pedal brek, silinder induk digerakkan dan memampatkan cecair dalam silinder brek. Kemudiannya akan memindahkan tekanan ke kaliper brek atau kasut anda, mewujudkan geseran pada cakera brek atau dram untuk menghentikan kereta anda.

Paras rendah dalam silinder induk brek biasanya disebabkan oleh kebocoran dalam sistem brek. Oleh itu menyebabkan lampu amaran brek menyala.

pengeluaran asap adalah tanda brek bermasalah pada kereta terpakai

Kesan Brek Bermasalah Pada Kereta

Jika anda seperti menghadapi masalah ini, cara terbaik adalah dengan memeriksanya setiap kali anda hantar kereta anda ke pusat servis.

1. Kerosakan Pada Rotor Dan Angkup Brek

Brek kereta anda ialah sistem bahagian bergerak yang bersambung rapat, dan apabila satu komponen rosak, ianya boleh menyebabkan elemen lain juga haus.

Mendapatkan pad brek anda ditukar dan sistem brek anda diperiksa dengan kerap boleh membantu anda memanfaatkan sepenuhnya semua bahagiannya dan mengelakkan pembaikan brek yang mahal.

2. Masa Respons Yang Lambat

Semakin haus brek pada sesebuah kereta, semakin sukar untuk memperlahankan dan memberhentikan kenderaan tersebut (bergantung pada cara memakai pad)

Jika kereta terpakai tersebut menunjukan petanda brek hasu makan anda akan perlu menekan pedal brek dengan lebih kuat untuk berhenti.

3. Menghauskan Tayar Anda

Percaya atau tidak, memandu dengan brek yang haus sebenarnya boleh menyebabkan tayar anda rosak juga!

Apabila anda memandu dengan pad brek, rotor atau angkup yang usang, anda mungkin mendapati diri anda menghentak pedal brek lebih kerap untuk memperlahankan atau memberhentikan kereta.

Brek secara keras ini boleh menyebabkan tayar anda rosak dengan lebih cepat atau menyebabkan ia menjadi tidak seimbang, kerana haus secara tidak sekata.

Menjaga brek anda juga bermakna menjaga tayar anda dalam jangka masa yang panjang!

Elakkan Kereta Terpakai Yang Mempunyai Tanda Brek Bermasalah

Tak boleh dinafikan kereta yang berlainan mempunyai prestasi brek yang berbeza. Ada yang mempunyai pick-up yang lebih laju manakala ada juga yang memerlukan tekanan yang lebih besar untuk memberhentikan kereta. 

Namun, sekiranya anda tidak rasa selesa dengan prestasi brek kereta tersebut tetapi tidak mempunyai apa-apa petanda yang telah kami kongsikan, nasihat kami cari sahaja kereta terpakai yang lain. 

Baca juga: 5 Model Kereta Terpakai Yang Mempunyai Nilai Second Hand Tertinggi
Baca juga: 15 Tips Beli Kereta Terpakai di Malaysia

Prestasi brek yang berkurangan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan boleh menjadi lebih teruk apabila anda tidak menjangkakannya. 

Sama ada ini merupakan sesuatu yang normal ataupun komponen yang boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, kita tidak akan tahu dengan sempurna.

Namun, secara amnya, anda akan memandu kereta ini dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, lebih baik mendapatkan sesuatu yang boleh memberikan keselesaan buat pemanduan anda.

Motor Trader menyediakan pelbagai pilihan kereta terpakai untuk anda bandingkan! Layari laman web www.motortrader.com.my untuk mulakan pencarian anda!

Share