Kereta Baru atau Terpakai: Mana Lebih Untung?

Apabila berada di dalam dilema antara kereta baru atau terpakai, pasti tuan empunya badan akan memilih mana yang lebih menguntungkan. Dan yang mengejutkan ianya bukan hanya pada harga!

Terdapat pelbagai lagi faktor yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Tidak dinafikan bahawa kereta baru merupakan pilihan pertama pembeli tetapi dengan tahap kesedaran masyarakat hari ini, ramai juga yang memilih untuk mendapatkan kereta terpakai.

Mengapa begitu? Tambah lagi dengan stigma buruk masyarat setempat kita mengenai kereta terpakai.

Kedua-dua pilihan, kereta baru ataupun kereta terpakai mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Anda harus membaca hingga habis untuk ketahui semuanya!

waranti kereta baru atau terpakai lebih baik

Kereta Baru atau Terpakai: Waranti

Apabila anda membeli kereta baru, waranti itu pasti. Anda tidak perlu memikirkannya kerana kereta baru secara umumnya akan datang sekali dengan waranti.

Waranti merupakan jaminan kerosakan ke atas kereta anda. Dengan adanya waranti anda boleh menukar sebarang kerosakan yang ada pada kereta anda secara percuma mengikut syarat yang ditetapkan oleh pengeluar.

Kebiasaannya, waranti kereta di Malaysia adalah selama 3-5 tahun. Dengan kereta baru anda tidak perlu risau tentang hal ini.

Tetapi sebaliknya buat kereta terpakai. Anda tidak boleh memperbaharui waranti kereta tersebut. Sebaliknya anda hanya boleh mendapatkan jaminan berdasarkan waranti asal yang telah dikeluarkan.

Contohnya, Ahmad membeli kereta baru Honda Civic daripada pengeluar dan mendapat waranti selama 5 tahun. 3 tahun kemudian dia ingin menjual dan ‘upgrade’ ke kereta baru.

Muthu yang membeli kereta terpakai Ahmad hanya dapat menikmati waranti buat kereta Honda Civic tersebut selama 2 tahun.

Penting ke waranti ini? Itu bergantung pada anda! Oleh itu, kami sarankan agar anda menbuat kajian terlebih dahulu apabila hendak membeli kereta terpakai.

Baca: 15 Tips Membeli Kereta Terpakai
Baca: Cara Memilih Kereta Terpakai

Kereta Baru atau Terpakai: Kos Maintenance

Kereta baru mempunyai kos maintenance yang lebih rendah berbanding kereta terpakai. Ini adalah kereta sebagai pemilik kereta tersebut, kita sendiri tahu sejarah penggunaan kereta itu.

Ini termasuk sebarang kerosakan, sejarah servis dan pelbagai lagi.

Manakala untuk kereta terpakai, pembeli tidak tahu sejarah kerosakan ataupun sejarah servis kereta tersebut. Pembeli perlu menyemak dengan pemilik kereta untuk mengetahui lebih lanjut.

Tambahan pula, dengan kereta baru anda pasti akan mendapat ketenangan minda atau lebih yakin dengan kereta tersebut.

Ini sangat penting apabila anda ingin berjalan jauh dengan keluarga ataupun ‘outstation’ atas urusan kerja. Disini boleh nampak satu lagi kelebihan membeli kereta baru.

Kereta Baru atau Terpakai: Nilai Susut

Tahukah anda kejatuhan nilai kereta adalah paling tinggi pada tahun pertama hingga tahun ke-lima.

Ini merupakan kelebihan pada kereta terpakai. Pembeli dapat mengurangkan kerugian pada susut nilai kereta.

Sebagai contoh, Chong membeli kereta Honda pada harga RM90,000 dan menjualnya selepas 3 tahun kepada Salman pada harga RM50,000. Chong mengalami kerugian sebanyak RM40,000.

Selepas 3 tahun, Salman pula menjual kereta tersebut pada harga RM30,000. Kerugian Salman hanya sebanyak RM10,000.

Ini adalah kerana nilai kereta jatuh mendadak dalam 5 tahun pertama. Pada tahun berikutnya, susut nilai kereta tidak terlalu besar.

Selain daripada harga yang jauh lebih murah daripada harga asal, pembeli kereta terpakai juga dapat mengurangkan kerugian pada tahap minimum dari segi susut nilai kereta.

Baca: Kereta Terpakai! 5 Model Yang Mempunyai Nilai Second Hand Tertinggi

kereta baru atau terpakai lebih banyak pilihan

Kereta Baru atau Terpakai: Pilihan

Selain itu, kereta terpakai juga memberikan lebih banyak pilihan buat pembeli!

Dengan harga yang lebih murah, pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan kereta yang lebih ‘advance’ ataupun lebih mewah.

Dengan bajet RM50,000 pembeli boleh mendapatkan kereta baru seperti Myvi atau Alza. Manakala dengan kereta terpakai pembeli mempunyai pilihan untuk mendapatkan Honda Civic ataupun Toyota Vios dengan bajet yang sama.

Berikut merupakan 5 kelebihan dan kekurangan membeli kereta baru dan kereta terpakai.

Sudah membuat keputusan mana yang lebih berbaloi untuk anda? Bagus! Langkah seterusnya adalah mengetahui proses pembelian untuk kedua-dua jenis kereta ini.

Jangan terkejut sekiranya kereta terpakai mempunyai proses yang jauh lebih panjang berbanding kereta baru.

Setelah membuat keputusan dan kini bersedia untuk mendapatkan kereta pilihan hati anda, langkah seterusnya melibatkan banyak kertas kerja dan tandatangan.

Proses Pembelian Kereta Baru

Apabila membeli kereta baharu, penjual atau pengedar akan mengendalikan semua dokumentasi dan kertas kerja untuk anda memperoleh kereta tersebut.

Untuk melengkapkan langkah asas mendaftarkan kereta anda, memohon pinjaman dan memohon cukai jalan dan insurans, berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan:

  • Salinan IC/Pasport;
  • Salinan lesen memandu yang sah
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata bank 3 bulan terkini yang mencerminkan kredit
  • Cukai pendapatan/Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Sekiranya anda mendapatkan kereta terus daripada pengeluar, anda secara tidak langsung telah menempah kereta anda dan perlu menunggu beberapa bulan untuk menerima kereta anda.

Isu kekurangan bekalan cip mikro yang melanda industri automotif global sejak tahun lalu masih berterusan sehingga hari ini.

Lantas, menyebabkan pembeli terpaksa berhadapan tempoh menunggu lama sebelum menerima kenderaan yang ditempah mereka.

Ramai yang mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin supaya mereka tidak ralat dengan tempoh menunggu yang lama.

Seterusnya, setelah menerima kereta anda, kereta tersebut akan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Anda akan menerima nombor plat dan bebas untuk mengatur masa pengambilan atau penghantaran untuk kereta anda.

Proses Pembelian Kereta Terpakai

Berikut merupakan proses asas pembelian kereta terpakai. Namun, proses ini mungkin juga berubah mengikut keperluan penjual atau ‘dealer’.

1. Bayar yuran tempahan: Juga dikenali sebagai ‘booking fee’ yang dikenakan oleh penjual. Kebiasaanya booking fee tidak akan dikembalikan sekiranya anda membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelian.

2. Tentukan pilihan pembiayaan: Cara pembiayaian kereta anda. Terdapat 3 cara pembiayaian yang anda boleh ambil iaitu:

  • Tunai – Lebih menjimatkan kerana tidak perlu membayar ‘interest’ pada pihak bank.
  • Pinjaman Sewa Beli – Kereta merupakan hak milik bank sehingga anda selesai membayar pinjaman tersebut. Selain itu, bank boleh menepatkan syarat agar kereta berumur tidak lebih dari 10 tahun
  • Pinjaman Beribadi – Pinjaman tanpa cagaran; kereta menjadi hak milik anda sepenuhnya

3. Sediakan dokumen yang diperlukan: Dokumen-dokumen peribadi anda. Semak dengan penjual dokumen-dokumen yang diperlukan.

4. Pengesahan PUSPAKOM: Dapatkan PUSPAKOM untuk mengesahkan bawa kereta terpakai tersebut berada di dalam kondisi atau keadaan yang baik.

5. Mohon insuran kereta: Kereta baru ataupun kereta terpakai, kedua-dua harus mempunyai jaminan insurans

6. Memindahkan hak pemilikan: Hadir ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya untuk menukar hak pemilikan kereta

Jikalau anda berurusan dengan pengedar kereta atau penjual, mereka akan membantu anda dari segi proses diatas.

Termasuklah membawa kereta tersebut ke PUSPAKOM untuk pengesahan, membeli insurans kereta dan sebagainya.

Semak dengan ‘dealer’ atau penjual anda sekiranya mereka menawarkan khidmat ini dan kos yang berkaitan.

Setelah membaca artikel ini sudahkah anda membuat keputusan jenis kereta yang lebih berbaloi untuk anda.

Bagus! Kini, masa untuk mencari kereta tersebut. Kereta baru ataupun terpakai semuanya ada di Motor Trader!

Layari www.motortrader.com.my/ untuk mencari kereta idaman hati anda SEKARANG!

Share