Beli Kereta Terpakai Tunai Atau Pinjaman?

Memandu kereta di Malaysia memang memudahkan tetapi keseronokkan tersebut datang dengan tanggungjawab pembiayaan. Apabila memperkatakan hal beli kereta terpakai, adakah benar pendapat sesetengah pihak yang mengatakan pembayara tunai lebih berbaloi daripada pinjaman?

Dengan ekonomi hari ni yang semakin ‘demanding’, tak dapat dinafikan ramai rakyat Malaysia kini menghadapi cabaran kewangan, termasuklah simpanan yang semakin berkurangan dan isu aliran tunai.

Oleh itu, demi mendapatkan kemudahan pengangkutan, ramai yang memilih untuk mendapatkan kereta terpakai berbanding kereta baharu. 

Kereta terpakai atau kereta secondhand secara amnya lebih murah daripada kereta baru kerana telah mengalami susut nilai.

Sebagai contoh, di Malaysia, pengguna boleh mendapatkan kereta Myvi dengan harga bawah RM30K. Malah, boleh jumpa lebih murah bergantung pada tahun penggeluaran kereta tersebut. 

Dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran, ramai yang berpendapat lebih berbaloi untuk membeli kereta secondhand secara tunai daripada membuat pinjaman bank. 

Adakah ini benar? Teruskan membaca kerana kami akan mengulas pendapat tersebut! Membeli kereta terpakai secara tunai atau pinjaman? Mana lebih berbaloi?

kelebihan beli kereta terpakai secara pinjaman

Kelebihan Beli Kereta Terpakai Secara Pinjaman 

Pinjaman kereta merupakan satu kontrak di antara bank dan pembeli mengenai sesebuah kereta, tidak kira kereta baharu ataupun terpakai.

Membuat bayaran besar seperti puluhan ribu adalah berat sekali, terutamanya bagi golongan professional muda yang tidak mempunyai wang simpanan yang cukup namun masih memerlukan kereta sebagai kemudahan pengangkutan. 

Oleh itu, biarpun kereta baru ataupun terpakai ramai yang akan mendapatkan pinjaman bank sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan mereka. 

Walaupun dikatakan berhutang, ianya masih terdapat kelebihan buat pembeli. Antaranya termasuklah: 

1. Bayaran Bulanan Yang Murah 

Kelebihan utama bayaran secara pinjaman adalah pembeli dapat kemudahan untuk membuat bayaran secara bulanan dengan amaun yang mampu bayar. 

Dengan komitmen hidup yang ada, pembeli boleh memilih amaun bayaran mengikut keselesaan mereka.

Peminjam boleh memilih untuk membayar down-payment yang lebih banyak untuk kurangkan bayaran bulanan ataupun sebalik, membayar down-payment yang sedikit tetapi bayaran bulanan lebih tinggi. 

Ianya bergantung pada kemampuan kewangan pembeli pada masa tersebut. Malah, mereka juga boleh menetapkan tempoh pinjaman tersebut hinggalah tempoh maximum 9 tahun pembiayaan. 

Walaupun datang dengan kadar faedah daripada pihak bank, peminjam masih rasakan berbaloi kerana pembeli masih hidup dalam kemampuan bulanan dan tidak membebankan diri dengan mengeluarkan jumlah yang besar dalam satu masa.

2. Keumpilan

Keumpilan bermaksud menggunakan wang dan masa orang lain untuk dapat hajat anda. Perkataan ini banyak digunapakai dalam industri perniagaan. 

Meskipun mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk membeli kereta terpakai ataupun baru, membuat pinjaman mungkin lebih menguntungkan dalam jangka masa yang panjang. 

Daripada menggunakan wang tunai, sebaliknya anda boleh labur wang tersebut dan dapatkan dividen. Malah, dividen tersebut mungkin juga dapat menampung pembiayaai bulanan pada pihak bank. 

Kami tak terkejut yang ramai sudah mengamalkan langkah ini. Peroleh pendapatan daripada pelaburan dan dalam masa yang sama, menikmati kemudahan pengangkutan.

Walaupun begitu untuk langkah ini, anda harus tunggu sekurang-kurangnya satu tahun untuk mendapatkan dividen daripada pelaburan tersebut.

3. Perlindungan 

Apabila mendapatkan pinjaman bank buat kereta, anda juga diwajibkan untuk mendapatkan insurans untuk kereta tersebut.

Kerana mengikut pinjaman kereta atau juga dikenali sebagai ‘hire-pruchase’ loan, kereta tersebut merupakan hak milik pihak bank selagi anda belum habis buat pembayaran.

Oleh itu, jika sesuatu terjadi kepada peminjam, kepentingan pihak bank juga harus dilindungi.

Malah, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan insurans dari pihak yang boleh dipercayai. Ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan sekiranya berlaku kemalangan atau perkara yang tidak diingini. 

4. Promosi 

Tahukah anda bahawa interest rate pinjam kereta di malaysia adalah antara yang terendah? Pihak bank tidak terlepas membuat promosi untuk mendapatkan pelanggan buat perniagaan mereka. Ini termasuklah pelanggan yang membuat pinjaman bank. 

Oleh itu, gunakan kesempatan ini untuk buat pembandingan antara kadar faedah dan kelebihan yang setiap bank tawarkan. Ketahui bank mana yang menawarkan pinjaman kereta terbaik untuk mendapatkan kereta idaman anda.

kelebihan beli kereta terpakai secara tunai

Kelebihan Beli Kereta Terpakai Secara Tunai

Sama seperti membuat pinjaman bank, terdapat pelbagai kelebihan apabila anda memilih untuk membeli kereta terpakai secara tunai. Antara kelebihan-kelebihan tersebut termasuklah: 

1. Mengurangkan komitmen bulanan

Dengan melangsaikan terus amaun kereta secara tunai, pembeli tidak perlu lagi pening-pening kepala untuk mengetepikan bajet setiap bulan untuk buat bayaran pada pihak bank. 

Anda akan lebih mudah menguruskan kewangan dan tidak mempunyai bulanan yang tinggi. 

Tambahan lagi, apabila anda membeli kereta secara tunai, ia merupakan urus niaga di antara anda dan penjual (dealer atau individu).

Berbeza daripada pinjaman, dimana peminjam harus berusaha untuk mebuat bayaran pada masa yang ditetapkan agar tidak memburukkan rekod CCRIS atau CTOS. 

Ini secara tidak langsung turut mengurangkan komitmen kewangan anda. Lantas, lebih senang untuk memohon pinjaman lain seperti pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi.

2. Elak Bayar Faedah Pinjaman (Interest Rate) 

Tak dapat dinafikan membuat pinjaman kereta walaupun meringankan beban kewangan namun ianya juga mahal. Ini adalah kerana peminjam juga harus membayar faedah pinjaman pada pihak bank.

Tambahan pula, faedah pinjaman di kira mengikut peratusan bergantung pada harga kereta anda. Lebih mahal kereta tersebut, lebih tinggi interest rate yang harus dibayar pada pihak bank.

Sebagai contoh, anda beli kereta terpakai dengan harga RM35K, faedah pinjam sebanyak 2.5% setahun dan tempoh bayaran selama 5 tahun. 

Maka, daripada pinjaman anda interest yang perlu dibayar pada pihak bank adalah RM875 setahun. Dan dalam 5 tahun, jumlah yang akan dibayar adalah RM4375. 

Secara keseluruhan anda membayar RM39,375 untuk mendapatkan kereta tersebut berbanding RM35,000 yang merupakan harga asal kereta tersebut. 

Dengan membayar secara tunai, pembeli memilih untuk tidak membayar kaedah pinjam tersebut dan hanya membayar harga asal kereta sahaja (tidak termasuk insuran).

3. Lebih Senang Untuk Jual Kereta

Apabila membeli secara tunai, pemilik boleh menjual kereta tersebut pada bila-bila masa sahaja. Cari buyer di platform-platform online seperti Motor Trader atau Mudah.my dan terus sahaja urusan untuk menjual. 

Proses ini berbeza dengan kereta yang dibeli dengan pinjaman bank. Dimana kereta tersebut merupakan hak milik bank selagi belum habis bayar. 

Sekiranya anda ingin menjual atau upgrade pada kereta yang lebih besar, anda perlu melunaskan jumlah wang yang ada dengan pihak bank terlebih dahulu. 

Urusan ini lebih panjang. Tetapi jangan risau kerana kami sedia membantu. Baca lebih lanjut tentang cara-cara untuk menjual kereta terpakai anda secara online di SINI

4. Ketenangan

Membeli kereta secara tunai juga turut bantu memberikan pembeli ketenangan hidup dan minda.

Hidup anda lebih tenang dengan tiadanya peringatan berbentuk sms atau notifikasi yang mengejar anda membuat pembayaran kereta. 

Selain itu, anda juga mempunyai fleksibiliti untuk menukar kerjaya atau mengejar impian tanpa perlu risau untuk memenuhi komitmen agar tidak di blacklist oleh CTOS atau CCRIS.

5. Proses yang lebih senang 

Pembelian kereta secara tunai adalah lebih senang dan mudah kerana ianya tidak memerlukan anda untuk menyediakan pelbagai dokumen.

Sebab utama anda perlu menyediakan dokumen adalah kerana pihak yang memberi pinjaman perlu menjamin pembayaran kembali pinjaman tersebut. 

Cara ini lebih senang bagi mereka yang menjana pendapatan secara cash, bekerja sendiri, masalah rekod kredit, blacklist disebabkan PTPTN atau AKPK, ataupun warganegara asing. 

Cara ini tidak memerlukan penjamin. Pembeli tidak perlu cari atau minta pertolongan daripada keluarga atau kawan-kawan. Apa dokumen yang diperlukan? Hanya kad pengenalan atau passport.

Tambahan lagi, anda juga boleh mendapatkan kereta idaman anda tanpa pengira tentang gaji bulanan anda.

Berbeza dengan pihak bank, yang hanya meluluskan pinjaman kereta atau jumlah yang layak berdasarkan pendapatan bulanan anda.

adakah beli kereta terpakai secara tunai lebih berbaloi

Beli Kereta Terpakai Secara Tunai Lebih Berbaloi?

Dengan perbandingan yang telah kami kongsikan, adakah beli kereta terpakai secara tunai lebih berbaloi? Itu adalah untuk anda tentukan sendiri.

Kemampuan kewangan masing-masing adalah berbeza. Maka, pilihlah kaedah yang sesuai untuk kewangan dan gaya hidup anda! Tetapi ingat, “ukur baju di badan sendiri’, agar tidak menyesal di kemudian hari.

Sekiranya anda ingin mendapatkan kereta terpakai dengan harga yang mampu milik, layari https://www.motortrader.com.my. Pelbagai model dan variasi hanya di hujung jari anda!

Share